Assalamualaikum,
Aku ada terbaca dalam Blog Cik Akak (kisah penuh klik sini) mengenai Virus Malware yang giat menyerang kebanyakan blog sekarang ni. Masa tengah blogwalking memang aku ada terjumpa beberapa blog yang Google Chrome kesan mengandungi Malware. Berikut dua contoh blog yang aku jumpa masa blogwalking:
Apakah itu Malware?
(Maklumat ni aku jumpa dari Website Pejabat Perhubungan Negeri Sabah. Aku copy dan paste sebab kalau ubah ayat takut maksudnya lain pula)
Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna. Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian.
Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.
Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing yang telah direka oleh seorang pelajar Cornell University, Robert Morris pada tahun 1998. Tujuan asalnya ialah untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz Internet. Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia.
Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.
Pengguna selalunya tidak sedar, bahawa sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet yang digunakan sebenarnya adalah merbahaya kerana penyamaran yang dilakukan. Teknik inilah yang telah digunakan oleh kebanyakan virus trojan. Teknik yang dikenali sebagai ‘rootkits’ menawarkan penyembunyian Malware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang daripada dikesan oleh program anti virus.
Kemunculan lebih banyak rangkaian sosial seperti YouTube, MySpace dan sebagainya akan menggalakkan lagi penyebaran Malware. Penyebaran ini juga boleh berlaku melalui pautan pada ruangan forum, sembang talian, pautan video dan ruangan berita. Malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.
p.s : Ada sesiapa tahu tak bagaimana nak hapuskan Malware?
^_^
bahayanya :( takut sangat kalau blog kena malware.. ada terbaca pasal tutorial kat internet :) nanti akak search aje tutorial buang malware, camtu lebih kurang :)
ReplyDeletemmm laptop sy dh kene.skrng pon blom repair lg..huhu
ReplyDeleteLately memang selalu terserempak dengan Malware ni akak. Bila klik nak tengok blog orang ke hape an, mesti tetiba je mengejut dia serang. Haih.
ReplyDeleterisau juge kalau kena blog aku... dah la baru buat... hehehe...
ReplyDelete#ade care nk atasi tak dr blog kite jadi mangse....
My recent post : Pepohon Setia - Photography
oohh sekarang kena serang malware ke ?? menakutkan
ReplyDeleteEntah la mcm mne nk pulih.. mintak dijauhkan
ReplyDeletehehe..takutnya..dlu pun pernah kena..tapi blog yang lama la.huhu
ReplyDeletehttp://www.amalinalee.my/2011/10/tutorial-remove-malware-detected.html
Laptop rosak.sbb malware ni. Sume gara2 mcg automatik mediafire kat fb. Kalau.kita biar je mcg tu tanpa delete, hbs rosak lappy kita. Hmm sedih. :(
ReplyDeletepernah terkena baru2 nie..dah takut jugak sbb sy bukan taw sangat..nasib ada tutorial..alhamdulillah..harap2 tak kena serang lagi lpz nie..huhu..
ReplyDelete@Haruno Hana 하나
ReplyDeleteitu la, memang bahaya.. thanks ya dik..
@Harith Iskandar
ReplyDeleteharap laptop tu dapat dibaiki.. sabar ya..
@Nies alhaQ
ReplyDeletebetul tu.. kalau guna google crome dia tapis dulu..
@GA GreenArtwork
ReplyDeletecara nak atasi ada search kat google.. banyak juga cadangan..
@Aku Penghibur
ReplyDeleteitu la acik.. memang ianya menakutkan..
@zaza nizam
ReplyDeletenak pulih akak ada search kat google.. ada la beberapa tutorial.. contohnya,
http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2012/11/tutorial-cara-buang-virus-malware-dalam.html
@Nana Liena
ReplyDeleteakak dah try buka.. kasihannya nana.. memang dah tak boleh diselamatkan ke?
@Fiqa Nsz
ReplyDeletemesej automatik tu cepat je merebakkan? bahayanya..
@Nao Mei
ReplyDeletebetul tu cik akak.. doa semoga semua selamat..
@latifah zainal
ReplyDeletesyukur sebab dah ok.. memang bahaya benda ni..
bahaya malware nie..huhu
ReplyDeleteBahaya jugak...bukan itu sahaja. Kalau sesiapa punya blog yg mempunyai MALWARE juga akan impact blog lain. Contoh katakan blog wan ada MALWARE, aiza simpan kat bloglist aiza, so, kalau org len bukak blog aiza pun akan kata blog aiza ada MALWARE juga sebab infection dari pada blog wan tuh...itu yg wan tau la. Tak tau betul ke tak. Kena tanya pakar juga dalam hal ni.
ReplyDelete@Normi Nieza
ReplyDeletebetul tu cik nor..
@Mohd Ridzwan Abdullah
ReplyDeletemacam tu ke wan? bahayanya.. thanks di atas perkongsian tu..
dulu blog sy pernah jd cmni. tp pas few days dia hilang sendiri..huhu
ReplyDelete@cik didiey
ReplyDeletemacam mana dia boleh hilang didiey? kena buang apa2 link ke?
mama penah kena sekali.. mungkin ada salah satu applikasi arau gadget dlm blog yg kena.. satu lagi mungkin gak ada blogger lain yg dalam list bloglist kita yg kena.. so, removekan dulu bloglist tu
ReplyDeletemenyampah kalau pebcuri nie dtg ....dulu remu pun dah kena dgn pencuri nie.....
ReplyDelete@Remy hazza
ReplyDeletebetul tu remy..
@mamapp
ReplyDeleteterima kasih sebab berkongsi mama.. :D