16 May 2013

Jasa Guru Sepanjang Zaman

Assalamualaikum, 


16 Mei 2013 tiba lagi, Selamat Hari Guru aku ucapkan buat semua insan yang bergelar guru. Sesungguhnya jasa seorang guru amat mulia di dalam mendidik anak bangsa sehingga menjadi seorang insan yang berilmu dan berguna kepada bangsa, agama dan negara. Tema Hari Guru pada tahun 2013 adalah Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda

Terkenang pertama kali aku menjejakkan kaki di sekolah TADIKA KEMAS Bunga Raya, Lenggong semasa usia 5 tahun, nama guru aku adalah cikgu Eshah binti Ibrahim. Dialah yang mengajar aku mengenal huruf A, B, C, belajar mengira 1, 2, 3 dan huruf jawi alif, ba, ta.. 

Guru yang paling membuatkan aku gigih belajar matematik semasa sekolah rendah adalah cikgu Tajuddin bin Ibrahim. Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Gelok, Lenggong. Cikgu ni memang garang dan disebabkan takut pada dia aku berusaha keras untuk belajar matematik. Setiap kali masuk ke kelas dia akan menyoal sifir secara rawak. Kalau tak dapat jawab denda ketuk ketampi 20 kali. Aku memang dah siap hafal kat rumah sebab takut kena denda. Alhamdulillah tak pernah kena denda sepanjang dia mengajar aku. 

Aku bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Ahmad, Lenggong. Guru yang memberi kesan kepada aku adalah cikgu Rahani binti Ahmad, dia mengajar subjek Bahasa Melayu. Cikgu Rahani seorang yang lembut dan penyayang, sebab dia la aku minat menulis karangan Bahasa Melayu. Dua tahun lepas aku dengar dia telah kembali ke rahmatullah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman, sedekahkan surah al-fatihah untuknya. 

Aku meneruskan belajar di Universiti Malaysia Terengganu (dulu dikenali sebagai UPMT, KUT dan KUSTEM). Pensyarah di universiti aku silih berganti ikut semester, jadi tiada yang terkesan di hati aku. Baru je nak kenal, dah masuk semester baru tukar pensyarah lain pula. 

Hanya ucapan terima kasih kepada semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar aku sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian yang tidak jemu mendidik anak bangsa.. 

^_^

43 comments:

  1. kalau cikgu tu benar-benar membimbing kita dengan penuh rasa sayang, kita akan ingat nama dia sampai bila-bila kan?

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru Se-Malaysia...jasamu dikenang. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, wah.. kak aiza ni bkas plajar UMT ke.. pandainya.. ssah jgk nak dpat msuk situ.. Apa2pn, selamat hari guru kepada semua guru2 di malaysia.. :D

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kita pada cikgu kita semua kan Aiza

    Selamat Hari Guru buat semua mereka.

    ReplyDelete
  5. @boni kacak
    betul tu boni.. namanya tetap segar dalam ingatan..

    ReplyDelete
  6. @Cherita Komputer
    waalaikummussalam wbkt.. takde maknanya semua tu, sama je belajar kat mana2 pun..

    ReplyDelete
  7. @Kakzakie
    betul tu kak zakie.. ucapan terima kasih tidak terhingga kepada cikgu kita semua.. :D

    ReplyDelete
  8. walaupun dulu kita dimarah , tap bila dh besar kita mesti akan senyum dgn memori tuh >.<

    ReplyDelete
  9. guru ibarat ibu bapa kita di sekolah :)
    rindu zaman sekolah, rindu cikgu2

    ReplyDelete
  10. jasa cikgu tak terhingga..drp kita x tahu apa2, alhamdulillah kita jadi manusia.

    ReplyDelete
  11. @Mardeeya
    betul tu adik.. memang tersenyum bila ingat balik memori tu.. :D

    ReplyDelete
  12. @cik didiey
    akak pun rindukan zaman masa sekolah dulu juga..

    ReplyDelete
  13. Betul akak.. besar jasa cikgu utk kita..;p

    ReplyDelete
  14. Akakk syg. Akak asal lenggong ehhh?
    Hehehe. Dekat je dgn kampung sy tauu. Sy duduk gerikk. Hikss. Just study je kat bangi.
    Anywayyy akak, happy teacher's dayyy! =)

    ReplyDelete
  15. mama pun cam aiza gak.. dpt cikgu math yg garang.. mama terus suka add math lepas tu.. cikgu bm mama pun best gak.. selamat hari guru

    ReplyDelete
  16. selamat hari guru buat semua guru2 dan cikgu2 kat malaysia nie ....

    ReplyDelete
  17. @Normi Nieza
    mesti guru tersenyum dengar ucapan cik nor..

    ReplyDelete
  18. @Nies alhaQ
    ya adik comel.. la, rupanya kita senegeri.. berjiran la ya? hehe..
    mesti guru tersenyum dengar ucapan tu..

    ReplyDelete
  19. @mamapp
    takut kena marah punya pasal,terus belajar bersungguh2.. kiranya cikgu garang pun boleh motivate pelajar juga la.. hehe..

    ReplyDelete
  20. @Remy hazza
    mesti semua guru tersenyum baca ucapan remy ni..

    ReplyDelete
  21. Tu laaa pasal kak. Tak sangka lahh. Hihihi. Mana laa tahu one day bertemu kat dunia realityyy. Wahhhh! Hehehe

    ReplyDelete
  22. saya tak berapa ingat nama2 cikgu saya masa sekolah rendah kak..huhu.. sipi2 ja ingat..muka still kenal lagi..hehe..mesti diaorang tak sangka sya dah besar..ahha..

    selamat hari guru utk semua guru di dunia..hehe :)

    ReplyDelete
  23. Pernah pasang niat nak jadi guru masa kecik dulu.. xde rezki plak.. huhu

    ReplyDelete
  24. jasa guru bernilai sangat, slmt hari guru :D

    ReplyDelete
  25. @Nies alhaQ
    in sya-Allah jika ada jodoh pasti kita akan bertemu jua.. :D

    ReplyDelete
  26. @Nana Liena
    akak pun sama juga.. akak ingat yang garang atau yang akak paling tak suka je.. hehe.. akak cadangkan sesekali buat reunion tu jemput sama bekas cikgu dulu.. hihi..

    ReplyDelete
  27. @Aku Penghibur
    terima kasih acik (jawab bagi pihak guru)..

    ReplyDelete
  28. @Aniq Bukhary
    rezeki dalam bidang lain pun ok.. asalkan halal.. :D

    ReplyDelete
  29. @fadh leyanie
    betul tu.. terlalu banyak jasa mereka.. :D

    ReplyDelete
  30. Selamat hari guru buat awk... kita semua guru... klau dah kawin kita guru kepada anak2... tak pun kepada adik2 kita... kita adalah guru yg sebenar...

    ReplyDelete
  31. jasamu guru tetp dikenang hingga bila2 kan !

    ReplyDelete
  32. @Kesuma Angsana
    terima kasih KA (jawab bagi pihak guru)..

    ReplyDelete
  33. Alfatihah buat arwah cikgu Rahani. semoga ditempatkan dkalangan org y beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  34. @NinaAz
    al-fatihah.. terima kasih nina..

    ReplyDelete
  35. @Mizz Aiza, ingat tak ada brp ramai guru yg mengajar awk sepanjang belajar di sekolah rendah.. jawab2.. jgn tak jwb.. :-)
    info jawatan kosong | ragam manusia | edisi pelik

    ReplyDelete
  36. @Waazin Aiman
    soalan cepu cemas betul.. tak ingat la pula.. tapi tak ramai pun sebab sekolah rendahkan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^