28 May 2013

Pasrah pada Ketentuan

Assalamualaikum,

Pasrah
Gambar sekadar hiasan (Erra Fazira dalam filem Pasrah) - Google
Bertemu dan berpisah itu lumrah kehidupan manusia kerana tiada yang kekal di atas bumi Allah SWT. Namun perpisahan akibat dikhianati amat pedih untuk diterima. Ianya umpama kaca terhempas ke batu, terus hancur berderai. Ikuti kisah ini.. 

"Kawan aku, Hafiz minta aku carikan jodoh untuk dia." tiba-tiba Ika bersuara. Ain sedang kusyuk menyiapkan laporan untuk dibentang pada keesokan harinya. "Aku dah berkahwin, tinggal kau saja antara kawan aku yang belum kahwin. Aku bercadang nak jodohkan kau dengan Hafiz, dia pun dah bersetuju" sambung Ika lagi. Tersentak Ain mendengar kata-kata Ika, 'Tua sangat ke aku ni? Baru masuk 26 tahun kot.' bisik hati Ain. "Ikut kau la Ika. Aku dah malas nak fikir pasal jodoh ni." balas Ain bersahaja. 

Telah banyak kali Ain diajukan soalan yang sama setiap kali pulang ke kampung, "Bila nak makan nasi minyak?". Ain hanya mampu tersenyum sebab dah lali dengan soalan itu. Bagi Ain kerjayanya tetap diutamakan, jika ada jodoh Insya-Allah tak ke mana. 

"Hujung minggu ni saya akan datang ke Putrajaya sebab ada kenduri kahwin sepupu saya di Dewan Presint 9. Ain ikut sama ya? Lepas tu boleh terus ikut saya dan keluarga saya pulang ke Pekan, Pahang." Hafiz mengajak Ain dan Ain bersetuju. 

Ternyata kedatangan Ain ke rumah keluarga Hafiz diterima baik oleh ibu dan ayah Hafiz serta adik-beradiknya yang lain. "Mak cik harap sangat hubungan Ain dengan Hafiz akan berakhir dengan ikatan perkahwinan yang sah."  ucap ibu Hafiz kepada Ain. Ain hanya mampu tersenyum malu. 

Sudah hampir sebulan Hafiz mendiamkan diri. Ain merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tergerak di hatinya untuk menghubungi nombor telefon Hafiz, namun tiada jawapan. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dari Ain bertanyakan khabar juga tidak dibalas. Banyak kali Ain cuba menghubungi, "Assalamualaikum kak Ain, saya Halim adik Hafiz." akhirnya kedengaran suara lelaki lain yang menjawab panggilan. "Waalaikummussalam Halim. Kak Ain dah lama tak dengar khabar berita dari Hafiz. Dia ok ke?" Ain bertanya. 

"Sebenarnya, ada sesuatu yang saya nak maklumkan kepada kak Ain. Harap kak Ain terima dengan hati yang tenang ya." berdebar-debar pula Ain mendengar intonasi suara Halim, seperti ada sesuatu yang tidak kena pula. "Abang Hafiz minta kak Ain jangan ganggu dia lagi. Dia bakal berkahwin dengan wanita lain pada hujung tahun ini." tersentak Ain mendengar kata-kata Halim. Dirasakan seperti mimpi, dicubit tangannya memang terasa sakit. "Kenapa tiba-tiba pula Hafiz buat keputusan macam ni? Kenapa bukan dia sendiri yang bagi tahu kak Ain?" bagaikan hujan lebat turun mencurah, begitulah lajunya air mata Ain mengalir. 

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata manis Hafiz, "Insya-Allah saya akan jumpa keluarga Ain lepas raya nanti. Saya nak Ain tahu, saya amat menyintai Ain." Ain terus menangis. Kenapa memberikan harapan sedangkan niat di hati tidak akan mengotakannya? Tiba-tiba telefon bimbit Ain berbunyi. 

"Assalamualaikum Ain. Ini mak cik, ibu Hafiz." terkejut Ain mendapat panggilan telefon itu. "Mak cik marah dengan apa yang Hafiz dah buat pada Ain. Mak cik pun tak kenal siapa pilihan hati Hafiz tu. Mak cik minta maaf bagi pihak Hafiz, mak cik faham perasaan Ain sebab mak cik pun perempuan juga." kedengaran ibu Hafiz menangis teresak-esak. 

"Waalaikummussalam mak cik. Ain pun tak sangka hubungan kami berakhir seperti ini. Kenapa dia tidak berterus terang sendiri kepada Ain? Apa salah Ain diperlakukan sebegini?" Ain masih tersedu-sedu sambil menyeka air matanya yang terus mengalir. "Mak cik harap Ain terus tabah hadapi dugaan dari Allah SWT ni. Anggap dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk Ain. Mak cik tetap sayangkan Ain walaupun Ain tak jadi menantu mak cik." sambung ibu Hafiz lagi. 

Pasrah
Pasrah - Google
Benarlah kata-kata, 'bukan semua cinta itu berakhir dengan ikatan perkahwinan'. Kita hanya merancang yang terbaik, hanya Allah SWT sahaja penentu segalanya. Kadang kala kita merasakan bahawa kitalah insan yang paling malang di dunia ini. Cuba pandang di sekeliling kita, masih ramai lagi insan lain yang lebih malang dari kita. Seharusnya kita mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Pasti ada hikmahnya di atas musibah yang terjadi. Hanya Allah SWT yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan masa akan datang. 

^_^

40 comments:

  1. betul , bukan semua happy ending , terima jodoh seadanya , bg yg belum kahwin , sabar jodoh anda akan sampai nanti dgn izin Allah !!

    ReplyDelete
  2. cinta tu tk smestinya memiliki.. tp, kalau dh mmg jodoh tk kemana.. :D

    ReplyDelete
  3. sebagai muslim kita kena redha dgn ketentuanNya kan :)

    ReplyDelete
  4. Jodoh itu ketentuan Ilahi. Sehebat mana pun kita merancang, andai Tuhan tidak mengehendakinya, tak kemana jua. :)

    ReplyDelete
  5. ermmmm whh best cerita nie .. betul tu cinta tak semestinya memiliki dan berakhir dengan perkahwinan

    ReplyDelete
  6. Betul tu. ajal maut jodoh pertemuan semua sudah ditentukan tp kenapa Hafiz buat Ain mcm tu, bg harapan lps tu kecewakan...

    ReplyDelete
  7. Xnk komen pape nak senyum je :)

    ReplyDelete
  8. betul tu akk.. xsmua cinta berakhir ngn perkhwinan.. walaupun bercinta bagaikan nak rak tapi kalau xde jodoh .. so, kita jgn lah sayang sangat2 kat org y belum tentu jadi milik kita...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kak. Kini saya ada idea bagaimana nak menulis cerpen 'Cinta Tidak Bersemi'. (y)

    ReplyDelete
  10. subhanallah..perancangan Allah 2 lebih baek..mgkin dia akan dpat yg lbh baek..yg pnting redha..

    ReplyDelete
  11. cite btol ke ni kak??

    apapon masih ada yg lagi terbaik buat nya:)

    ReplyDelete
  12. Jahat Hafiz! Cocok mata kang! Tak baik taw buat Ain macam tu. Tapi kalau dah takde jodoh, nak buat macam mana kan. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik ^^

    ReplyDelete
  13. moga kita semua dijauhkan dari tipu daya cinta palsu.. inshaaAllah.. kalau kita betul2 cintakanNya.. :)

    ReplyDelete
  14. hadoi rasa cm hafiz tu zalim giler..

    ReplyDelete
  15. cinta tak semestinya memiliki.. tapi insyaAllah kita akan jumpa dengan org yg sesuatu suatu hari nnti..perempuan baik utk lelaki baik juga..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak aiza, saya tag akak untuk GA ni ye :- http://blogzakirasli.blogspot.com/2013/05/big-giveaway-by-alia-ali-ahmad.html

    ReplyDelete
  17. huhu..kisah nie kan ada sikit2 mcm kisah ipah..andai bukan jodoh nak buat mcm mana kan.redha..perancangan allah adalah terbaik..

    ReplyDelete
  18. @abg cik
    insya-Allah.. terima kasih abg cik..

    ReplyDelete
  19. @zakirasli ..
    betul tu zaki.. semuanya dah tertulis luh mahfuz..

    ReplyDelete
  20. @Norhaizam Mustaffa
    hanya Allah swt saja yang menentukan segalanya.. :D

    ReplyDelete
  21. @Nao Mei
    kisah benar ni cik akak.. aiza ubah nama je.. betul tu cik akak.. hehe.. jom cari.. hihi..

    ReplyDelete
  22. @Teena Tna
    itu la pasal.. memang dah nasib ain ditinggalkan akhirnya..

    ReplyDelete
  23. @AiSyA LiEzA
    akak setuju sangat.. sayangilah diri sendiri dan Allah swt terlebih dahulu.. sayang pada manusia tak kekal lama..

    ReplyDelete
  24. @依之汉
    bagusnya adik menulis cerpen.. nanti jangn lupa post cerpen itu ya.. :D

    ReplyDelete
  25. @Aida Ismail
    betul tu aida.. hanya Allah saja yang tahu.. :D

    ReplyDelete
  26. @Zura Lee
    betul tu zura.. dah ditakdirkan nasib ain begitu..

    ReplyDelete
  27. @zakirasli ..
    waalaikummussalam.. terima kasih sudi tag..

    ReplyDelete
  28. @latifah zainal
    ye ke? kebetulan hampir sama. betul tu ipah, perancangan Allah swt yang terbaik..

    ReplyDelete
  29. Sedihnya baca kisah nie...sob3..
    Kita merancang tapi Allah juga merancang...dan Dialah sebaik-baik perancang...

    ReplyDelete
  30. Apapun, itu dugaan utk yg berkenaan. Lain org lain dugaannya...cuma masing2 perlu amik iktibar.

    Kuatkan semangat utk truskan hidup kerana langit yg mendung takkan selamanya mcm tuh, mungkin disebalik mendung tuh akan ada cahaya yg mampu mengukir senyuman yg cukup sekadar penyejuk hati...Allah akan sntiasa bersama kita.

    ReplyDelete
  31. Hasbunallah wa ni'mal wakeel, ni'mal maula wa ni'mannaseer.
    La tahzannn. Innallaha ma'aana. ;')
    Yakin, 4 hal yang telah dipegang oleh Allah untukmu dan tak perlu kita khuatirkan :

    :.Rezeki
    :.Jodoh
    :.Ajal
    :.Bahagia atau derita

    Jadi, yang perlu kita sama2 usahakan ialah mempercantik ibadah dan memperkukuh langkah sebagai khalifah di bumi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^