Obesiti |
Kucing adalah haiwan yang comel, manja dan lasak. Ia juga haiwan yang berkeupayaan untuk mendarat pada kakinya, mempunyai deria bau yang tinggi, memiliki kelenturan badan yang menggagumkan, suka mendandan diri, berdengkur dan keupayaan melihat dalam gelap.
Tahukah anda, kucing juga tidak terkecuali terdedah kepada risiko obesiti? Obesiti merupakan salah satu masalah serius yang menyebabkan kematian awal kucing anda. Seekor kucing dianggap obesiti apabila berat badannya melebihi 20% dari berat badan ideal. Menurut Persatuan Pencegahan Obesiti Haiwan, julat berat badan berikut adalah sesuai untuk kucing yang sihat (aku dah convert berat tu kepada unit kg):
- Kucing domestik: 8-10 lbs (3.6-4.5 kg)
- Kucing Parsi: 7-12 lbs (3.2-5.4 kg)
- Kucing Siam: 5-10 lbs (2.3-4.5 kg)
- Kucing Maine Coon: 10-25 lbs (4.5-11.3 kg)
Obesiti yang tidak dibendung akan menyebabkan risiko penyakit-penyakit berikut terhadap kucing anda:
- Diabetes Mellitus (kencing manis)
- Artritis (penyakit sendi)
- Lipidosis hepatik (kerosakan hati)
- Sesak nafas, terutama selepas bergerak aktif
- Masalah kulit
- Penyakit jantung
Sumber:
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^