16 March 2013

Jom Tanam Pokok Serai Sendiri

Assalamualaikum,

Sejak aku duduk di rumah kakak aku di Semenyih, mak aku rajin menanam pokok serai, kunyit dan lengkuas. Nak guna senang je, tak payah membeli di pasar, jimat masa dan kos. Hanya petik dan terus boleh masak. Kawasan  tanah di rumah kakak aku ni sekangkang kera je sebab rumah teres. 

Tanam Pokok Serai Sendiri
Tak rugi berbudi pada tanah
Jiran-jiran aku ada bertanya pada mak aku camna kaedah nak menanam pokok serai sebab diorang tanam tapi susah nak hidup. Sebabnya tanah kat sini kurang subur dan cetek. Alhamdulillah serai yang mak aku tanam hidup. 

So aku nak kongsi cara mak aku menanam serai seperti berikut:
  1. Mula-mula beli serai (samaada di pasar atau kat tesco). 
  2. Rendam serai di dalam air biasa (mak aku guna air paip je) sekurang-kurangnya selama 7-10 hari iaitu sehingga keluar akar.
  3. Sediakan tanah untuk menanam. Tambah tanam hitam (boleh beli di tesco) dan ratakan di kawasan untuk menanam. Biarkan kawasan tu selama seminggu. 
  4. Semasa nak menanam, gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 10cm. 
  5. Masukkan serai ke dalam lubang dan padatkan tanah. 
  6. Siram pokok serai 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Boleh dibaja dengan baja organik jika perlu.
  7. Sesekali gemburkan sekeliling pokok serai.  
  8. Dalam masa 6 bulan dah boleh tuai untuk dimasak
  9. Selamat menanam!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^