- Kucing anda makan secara berlebihan. Jika kalori yang dimakan melebihi kalori dibakar, berat badan akan semakin bertambah.
- Pemakanan makanan kering (palet) yang tinggi karbohidrat berbanding protein. Protein dan lemak akan disentesis kepada tenaga manakala karbohidrat akan ditukar kepada lemak.
- Penuaan kucing anda menyebabkan kadar metabolisma menurun yang menyebabkan kucing anda obesiti.
Apakah rawatan yang sesuai untuk kucing obesiti? Di sini aku kongsikan beberapa tips untuk merawat kucing obesiti:
- Minta nasihat dari doktor haiwan mengenai diet yang sesuai untuk kucing anda. Penurunan berat yang drastik boleh menyebabkan lipidosis hepatik terhadap kucing anda yang seterusnya akan mengancam nyawa.
- Tingkatkan aktiviti fizikal kucing anda. Pelbagai alat mainan interaktif di pasaran boleh dibeli bagi menggalakkan kucing anda aktif bermain.
- Kawal pengambilan kalori kucing anda. Ikuti preskripsi yang betul dari doktor haiwan. Makanan basah dalam tin mengandungi kurang karbohidrat jika dibandingkan dengan makanan kering (palet).
- Bagi kucing anda makan 4-6 hidangan kecil sehari. Jangan mengisi makanan terlalu banyak dalam bekas makanan dan membiarkan kucing anda makan sehingga habis.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^