24 March 2013

Roti Kek Buah Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum,

Pemanggang ajaib bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak lauk-pauk. Tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk memasak roti kek buah. Ianya resipi yang cepat dan ringkas untuk disediakan untuk minuman petang. Hanya mengambil masa kurang dari sejam. Jom memasak..
Roti Kek Buah Pemanggang Ajaib
Roti Kek Buah Pemanggang Ajaib

Bahan-bahan: 
1 kotak  (240 g) adunan kek segera - aku guna jenama NONA Kek Buah
4 biji telur Gred A
125 g mentega
200 g buah-buahan campuran - aku guna jenama Tesco

Cara-cara:
1) Sediakan bahan-bahan.
Bahan-bahan Roti Kek Buah Pemanggang Ajaib
Bahan-bahan ringkas je

2) Masukkan adunan kek segera ke dalam mangkuk.
Masukkan adunan tepung segera
Masukkan adunan tepung segera
3) Pecahkan telur satu persatu ke dalam adunan dan pukul sebati selama 2-3 minit.
Masukkan telur
Masukkan telur
4) Masukkan mentega dan kacau lagi selama 2 minit iaitu sehingga adunan kembang dan ringan.
Masukkan mentega
Masukkan mentega
5) Tambahkan buah-buahan campuran dan dikacau lagi.
Masukkan buah-buahan campuran
Masukkan buah-buahan campuran
6) Tuang adunan ke dalam Pemanggang Ajaib dan ratakan.
Tuang ke dalam Pemanggang Ajaib
Tuang ke dalam Pemanggang Ajaib
7) Masak di atas api yang sederhana selama 30-45 minit. Balik-balikkan sehingga adunan masak sekata. Apabila telah masak, angkat dan sejukkan roti kek buah. Sedia untuk dihidangkan. Sesuai untuk minum petang.
Sejukkan setelah masak
Sejukkan setelah masak

1 comment:

  1. Cam-macam yah Mbak Mizz kue
    yang ada di kota Perak-Malaysia
    saya belum tau rasanya, enak kali
    Yah Mbak.? tar Idul Fitri boleh lah
    Nyoba saya Mbak,. belajar membuat
    nih Mbak Mizz. terima kasih atas tips
    Dan info nya salam sukses

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^