06 March 2013

Diari Trip ke Kota Kinabalu dan Ranau, Sabah Part 1 - Rumah Terbalik

Assalamualaikum,

21 Mac 2012 
5.50 petang
Aku mengikuti trip ke Kota Kinabalu atas urusan kerja. Aku menaiki flight dari KLIA pada sebelah petang 21 Mac 2012. Malamnya aku menginap di Hotel Promenade Kota Kinabalu. Tidur lena di malam hari sebab keletihan. 


Diari Trip ke Kota Kinabalu dan Ranau, Sabah
Pemandangan dari atas di waktu pagi dari bilik aku di Hotel Promenade
22 Mac 2012
7.00 pagi
Kami bertolak dari Hotel Promenade Kota Kinabalu dengan menaiki kenderaan pejabat. Waktu siang di Sabah lebih cepat berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Perjalanan kami menaiki bukit menuju ke kaki Gunung Kinabalu. Kami singgah di beberapa kawasan yang cantik dan udaranya segar.

7.45 pagi
Salah satu tempat unik yang kami singgah adalah rumah yang dibina terbalik. Sayangnya aku tak berpeluang untuk masuk ke dalam rumah ini kerana kesuntukan masa. Sempat snap gambar di luar je la. Untuk maklumat lanjut mengenai rumah unik ini, anda boleh klik sini.
Diari Trip ke Kota Kinabalu dan Ranau, Sabah
Rumah Terbalik
Memang kreatif dan inovatif individu yang mencipta konsep rumah terbalik ni. Ini merupakan salah satu perkara unik yang secara tidak langsung akan menarik pelancong tempatan dan asing untuk bercuti di negeri Sabah.

Diari Trip ke Kota Kinabalu dan Ranau, Sabah
Kereta Kancil Terbalik
---->Part 2 - Bunga Loceng (klik sini)
---->Part 3 - Ikan Tagal Mengurut (klik sini)

1 comment:

  1. as'salam wah terbaik ...ada rumah terbalik di sabah...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^