12 March 2013

Cara-Cara Memproses Rumpai Laut

Assalamualaikum,

Rumpai Laut mempunyai banyak khasiat. Rumpai laut kering yang paling berkualiti Gred AAA bewarna ungu. Dah lama rasa nak cuba proses carrageenan rumpai laut (gel) ni sebenarnya. Baru malam tadi aku berpeluang buat sendiri ikut resipi yang aku dapat dari Google Searh (page facebook rumpai laut)

Adik aku telah membeli secara online rumpai laut ni. Harganya hanya RM40.00 sekilogram. Aku try buat sedikit je berbanding resipi asal. Kalau nak buat stok elok buat banyak. Jom memasak..

Cara-Cara Memproses Rumpai Laut
Rumpai laut kering
Bahan-bahan:
25 gram rumpai laut kering Gred AAA 
Air untuk membasuh dan merendam
Beberapa helai daun pandan (berfungsi menghilangkan bau hanyir rumpai laut )

Cara Membuat:
1) Basuh rumpai laut 2-3 kali. 
Cara-Cara Memproses Rumpai Laut
Rendam rumpai laut
  • Rendam dalam bekas yang besar (sebab rumpai laut akan mengembang 3 kali ganda selepas direndam). 
  • Seeloknya rendam rumpai laut selama semalaman (gantikan air setiap 2 atau 3 jam sekali bagi memastikan bau air laut hilang).
Cara-Cara Memproses Rumpai Laut
Rumpai laut kembang selepas 7 jam direndam
  • Aku rendam selama 7 jam je. Mula rendam pada jam 4 petang semalam dan mula memasak pada jam 11 malam tadi. 
  • Kemudian bilas dan ramas 5-6 kali dengan air bersih.

2) Masukkan ke dalam periuk yang berisi 500 ml air dan daun pandan. 
Cara-Cara Memproses Rumpai Laut
Masukkan ke dalam periuk berisi air
Cara-Cara Memproses Rumpai Laut
Tambahkan daun pandan

  • Masak selama 20-25 minit iaitu sehingga air mendidih (rumpai laut akan hancur dan bertukar menjadi pekat).
  • Padamkan api dan tunggu ia suam. 

3) Tapiskan rumpai laut (aku kacau dengan sudu sebab ia pekat dan susah nak keluar melalui penapis). 

Cara-Cara Memproses Rumpai Laut
Tapis rumpai laut

4) Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
Cara-Cara Memproses Rumpai Laut
Hasil yang ditapis

5) Tunggu ia beku dan sedia untuk dimakan. Aku dah mula makan 2 sudu pada pagi tadi.

Cara-Cara Memproses Rumpai Laut
Sedia untuk dimakan selepas disimpan dalam peti ais

* Sisa rumpai laut yang melekat pada penapis boleh dibuat masker di muka untuk menegang dan melicinkan kulit muka anda.

Entri berkaitan:
^_^

9 comments:

  1. asalamualaikum cik..saya syam dari sabah..saya pembekal rumpai laut dari sabah..saya belum mendapat pasaran di semenanjung..andaikata cik sudi untuk berurus niaga dengan saya,tolong hubungi saya HP 0178381444 @ 0178214560 email nb_billyjin@yahoo.com.

    rumpai laut kuning & ungu gred AAA RM 15/kg..
    rumpai laut hijau gred AAA RM 23/kg..saya mengharapkan pembeli dari semenanjung..

    ReplyDelete
  2. salam..sya mimie dari sandakan sabah...sya peniaga rumpai laut (collagen)..rumpai hijau:-gred AAAA -RM15.00 1KG,,rumpai purple:-gred AAA-RM12.00 1KG & rumpai putih:-gred AA-RM10.00 1KG..tapi x termasuk postage...postage 10KG-RM50.00..sekiranya cik berminat boleh hubungi sya di no:-0109354702/0109428995..

    ReplyDelete
  3. salam..sya mimie dari sandakan sabah...sya peniaga rumpai laut (collagen)..rumpai hijau:-gred AAAA -RM15.00 1KG,,rumpai purple:-gred AAA-RM12.00 1KG & rumpai putih:-gred AA-RM10.00 1KG..tapi x termasuk postage...postage 10KG-RM50.00..sekiranya cik berminat boleh hubungi sya di no:-0109354702/0109428995..

    ReplyDelete
  4. Akak pun guna benda nie ka?? Dekat sabah banyak nie kak.... :)

    ReplyDelete
  5. rumpai laut tinggi kollagen.. Aiza still amalkan lagi ke?? Lepas ni try VCO plak.. (Virgin coconut oil..)

    ReplyDelete
  6. aiza,baru nie fahz pi sabah ada la beli rumpai laut nie 3 bag (besar).tak memasal lak fahz g beli sedangkan tak pernah guna pun..if aiza nak, fahz leh bagi.just for u..as a gift.msg fahz na kalau aiza nak :)

    ReplyDelete
  7. tambah dengan sunquick ..memang sedap,sungguh menyegarkan...hilang langsung rasa dan bau2 yang tak enak..

    ReplyDelete
  8. kira mcm agar2 juga la rumpai laut nie.. saya baru jee taww.. tima kasih atas info.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^