01 March 2013

Kisah Anjing yang Setia

Assalamualaikum,

Anjing adalah haiwan yang setia. Teringat kisah yang pernah aku baca berkenaan seekor anjing yang setia bernama Hachiko di Jepun. Kisah kesetiaan Hachiko telah pun diadaptasi dalam bentuk novel, buku, dokumentari haiwan dan filem. 

Hachiko adalah anjing dari baka Akita Inu yang dilahirkan pada 10 November 1923. Ketika berusia dua bulan dia telah dipelihara oleh Profesor Ueno di Shibuya. Hachiko telah dianggap sebahagian dari keluarganya serta teman terbaiknya. 

Kisah Anjing yang Setia
Profesor Ueno
Profesor Ueno memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang terdapat di belakang nama (Hachiko) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak". Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). 

Kisah Anjing yang Setia
Hachiko setia menunggu kepulangan Profesor Ueno
Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo dalam bidang pertanian. Beliau akan berulang-alik menaiki keretapi dari Shibuya ke Tokyo. Pada setiap hari Hachiko akan menunggu kepulangan Profesor Ueno di Stesen Shibuya. 

Sehinggalah pada 21 Mei 1925 Profesor Ueno terkena serangan stroke (angin ahmar) di tempatnya bekerja dan beliau telah meninggal dunia sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Selepas kematiannya, tugas menjaga Hachiko telah diambil alih oleh saudaranya. 

Rumah saudara Profesor Ueno terletak berhampiran Stesen Shibuya iaitu tempat Hachiko menunggu kepulangan Profesor Ueno. Hachiko yang merasa kesepian telah pergi ke Stesen Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan Profesor Ueno. 

Setiap hari Hachiko akan menunggu tuannya di stesen itu. Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi merasa kagum dengan kesetiaan Hachiko dan memberinya makan makanan kegemarannya Yakitori (sate ayam).

Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya pada tahun 1928. Namun, Hachiko setia menunggu tuannya di salah satu tempat di stesen berkenaan yang masih elok. Pada tahun yang sama seorang pengkaji anjing Akita (anak murid Profesor Ueno) melihat Hachiko. 

Kisah Anjing yang Setia
Keratan akhbar yang menceritakan kisah kesetiaan Hachiko
Beliau telah menulis artikel mengenai Hachiko. Berita tentang Hachiko tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di Harian Asahi pada 4 Oktober 1933. 

Nama Hachiko mula terkenal di seluruh Jepun. Pada tahun 1934, patung Hachiko telah didirikan di depan Stesen Shibuya. Namun stesen tersebut telah mengalami kerosakan pada tahun 1948 akibat Perang Dunia ke II. 

Kisah Anjing yang Setia
Di saat kematian Hachiko
Setelah hampir 10 tahun menunggu, Hachiko telah mati pada 8 Mac 1935. Namun di saat hampir mati Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya (pintu itu kini dinamakan Pintu Hachiko Shibuya). 

Kisah Anjing yang Setia
Salah satu patung Hachiko 
Kini terdapat tiga buah patung Hachiko yang didirikan iaitu di Shibuya, Akita dan tempat kelahiran Hahiko di Odate. Posisi patung Hachiko yang dibina adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. 

Kronologi kisahnya telah diabadikan dalam video klip di atas (sediakan tisu kerana video ini menyedihkan). 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^