21 March 2013

Kisah Teladan : Saudagar dan Kuda Malang

Assalamualaikum,

Pada zaman dahulu kala tinggal seorang saudagar di hujung sebuah kampung. Saudagar ini telah memelihara seekor keldai dan seekor kuda. Kedua-dua haiwan berkenaan merupakan haiwan kesayangan saudagar berkenaan.

Saudagar dan Kuda Malang
Kisah Teladan : Saudagar dan Kuda Malang (Gambar hiasan) - commons.wikimedia.org
Rutin harian saudagar itu adalah berniaga di pekan berhampiran pada setiap pagi. Setiap kali pulang dari berniaga dia akan berehat di atas buaian yang diperbuat dari tali di hadapan rumahnya dan keldai akan datang bermanja dengannya. 

Kuda memendam perasaan cemburu apabila melihat kemesraan di antara tuannya dengan keldai. Sehinggalah pada suatu petang kuda merancang untuk bermanja dengan saudagar seperti yang dilakukan oleh keldai.

Lalu kuda menggeselkan badannya yang besar di sisi saudagar. Alangkah terkejut saudagar yang sedang tidur apabila dirinya terjatuh disondol oleh kuda berkenaan. Saudagar merasa sangat marah kerana menyangka kuda telah menyerangnya.

Lantas saudagar itu mencapai sebilah parang dan menyembelih kuda berkenaan. Tamatlah riwayat hidup seekor kuda yang malang. Keldai hanya mampu memerhatikan dari kejauhan kuda itu disembelih oleh tuannya.

* Moral:
  • Jangan jadi seperti kuda yang dengkikan keldai. Elakkan berperasaan dengki terhadap kelebihan insan lain. Setiap orang ada kelebihan diri masing-masing. 
  • Jangan ganggu orang yang sedang letih atau tidur. Selalunya mereka hilang pertimbangan kerana terkejut. 
  • Banyak lagi cara lain untuk mengambil hati saudagar. Tidak semestinya kuda ikut cara keldai bermanja. Tak pasal-pasal disalah erti oleh saudagar. 
  • Saudagar sepatutnya tidak boleh mengikut perasaan marah sehingga sanggup membunuh kuda kesayangannya. Dia sepatutnya bersabar dan siasat terlebih dahulu sebelum bertindak. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^