Spesis Eucheuma cottonii |
Di Malaysia, penanaman rumpai laut telah dibangunkan secara komersial di perairan Semporna, Sabah. Hasil daripada proses penanaman, penuaian dan pengeringan rumpai laut yang teliti telah menjadikan Malaysia negara ke empat rumpai laut terbaik di dunia. Spesis yang ditanam di Semporna, adalah Eucheuma cottonii di mana permintaannya sangat tinggi dari dalam dan luar negara.
Penanaman rumpai laut telah pun bermula sejak tahun 70-an. Namun ianya mula dikomersialkan pada tahun 1995. Pelbagai kajian telah dan sedang dijalankan berkaitan kegunaanya di dalam kosmetik dan makanan. Bagi kegunaan kecantikan, rumpai laut akan dikeringkan terlebih dahulu samaada diproses menjadi carragenan dan sebagainya.
Di antara khasiat rumpai laut adalah seperti berikut:
- Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
- Menguatkan sendi dan tulang.
- Terapi rawatan kecantikan - kulit wajah, rambut dan seluruh badan.
- Kaya dengan kalsium, magnesium, zat besi, natrium, klorida dan semua jenis asid amino bebas, vitamin larut air dan karotinoid - bahan-bahan ini kaya dengan antioksida melambatkan proses penuaan dan menggalakkan proses pelansingan badan.
Ada pendapat yang mengatakan rumpai laut mengandungi kalogen mentah. Namun dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali (maklumat lanjut di Blog The Secret Medicines - sila klik sini). Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka.
Rakaman Rancangan Panorama TV1
Rakaman Rancangan Nona TV3
- Panorama TV1 pada 16 Mei 2008 jam 9.00 malam bertajuk Khasiat Rumpai Laut
- Nona TV3 pada 20 Mei 2012 jam 2.00 petang bertajuk Rumpai Laut
- Image Google
- Blog The Secret Medicines
Entri berkaitan:
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^