14 March 2013

Kisah Teladan : Pengembara dan Pokok Gajus

Assalamualaikum,

Pada zaman dahulu seorang pengembara telah berhenti rehat di bawah sepohon pokok gajus yang rendang. Disebabkan terlalu letih, pengembara itu telah terlelap di bawah pokok itu. Tiba-tiba pengembara terjaga apabila sesuatu jatuh ke atas mukanya.

Pengembara dan Pokok Gajus
Kisah Teladan : Pengembara dan Pokok Gajus (Gambar hiasan) - commons.wikimedia.org
Lantas dia segera membuka matanya dan memeriksa apa yang telah mengganggu tidurnya. Rupa-rupanya sebiji buah gajus yang jatuh tadi. Dia meninjau di sekelilingnya dan mendapati terdapat pokok labu yang besar juga tumbuh menjalar di situ.

Lalu dia pun mula memikirkan sesuatu, "Nasib baik Allah  menciptakan buah labu bersaiz besar ini hanya menjalar di bumi. Jika labu yang menimpa diriku sebentar tadi pasti aku tercedera," bisiknya di dalam hati. 

*Moral :
  • Bayangkan jika yang jatuh di atas muka pengembara itu adalah sebiji labu. Tentu dia cedera parah. Pasti ada hikmah di atas apa sahaja yang Allah SWT cipta di bumi ini.
  • Kita mestilah selalu berfikir tentang kebesaran Allah SWT melalui kejadian dan ciptaan-Nya.
  • Jangan tidur di sembarangan tempat. Seeloknya selidiki dulu keselamatan di sekeliling tempat tu. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^