30 March 2013

Pesta Belon Panas Tahun 2013

Assalamualaikum,

Pesta Belon Panas Tahun 2013

Pesta Belon Panas kembali lagi pada tahun 2013. Ianya telahpun bermula pada 28 Mac sehingga 31 Mac 2013 bertempat di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 9.00 malam. 

Anda boleh menaiki KLIA Transit (ERL) ke Putrajaya bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan diskaun diberi 30%. Dari ERL Putrajaya, bas Nadi Putra akan menunggu anda untuk dibawa ke tempat acara dijalankan. 

Sebanyak 18 peserta dari seluruh dunia terlibat di dalam acara belon panas. Antara acara lain yang diadakan adalah seperti berikut:
  • Tethered Hot Balloon Ride
  • Helicopter Ride
  • Mountain Dew Extreme Zone
  • Kawasan Permainan Kanak-kanak
  • Pertunjukan dan Persembahan
  • Pertandingan Belon Panas
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh melayari Laman Web 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013 (http://www.myballoonfiesta.com/index.php).

3 comments:

Terima kasih sudi komen.. ^_^