30 March 2013

Nasi Goreng Biasa Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum,

Tadi aku memasak nasi goreng menggunakan Pemanggang Ajaib untuk sarapan pagi. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang dah tersedia dalam peti sejuk. Masa memasak hanya 10 minit je..

Nasi Goreng Biasa Pemanggang Ajaib
Nasi Goreng Biasa Pemanggang Ajaib

Bahan-bahan (2 orang):
200 g nasi putih
1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
3 ulas bawang putih - diketuk-ketuk
1 biji cili besar hijau (jika suka pedas boleh tambah cili padi) - dipotong
2 sudu besar ikan bilis
5 sudu besar cili kisar
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
Garam

Cara Memasak:
1) Sediakan bahan-bahan.
Bahan-bahan Nasi Goreng Biasa
Bahan-bahan
2) Panaskan Pemanggang ajaib dan masukkan marjerin.
Masukkan marjerin
Masukkan marjerin
3) Tumis ikan bilis sehingga garing.
(Peringatan : gunakan senduk kayu atau plastik bagi mengelakkan permukaan Pemanggang Ajaib bercalar)
Tumiskan ikan bilis
Tumiskan ikan bilis
3) Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili besar.
Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili besar
Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili besar
4) Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
Masukkan cili kisar
Masukkan cili kisar
5) Masukkan nasi putih.
Masukkan nasi
Masukkan nasi
6) Masukkan telur. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup Pemanggang Ajaib dan goncang supaya semua bahan sekata.
Masukkan telur
Masukkan telur

^_^

5 comments:

  1. Sedapnya nasi goreng.dah lama nak beli pemanggang ajaib ni,tp belum kesampaian lagi hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. eh boleh ye buat nasi goreng dlm tu...memang ajaib ! , nt pcl nk try buat sendiri

    ..camana gaya golek pemanggang tu eh ? ..haha..

    p/s ..word virifacation tak perlu ada kalau nk mesra pengomen... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. goncangkan je pemanggang tu.. hehe..

      terima kasih di atas teguran yang berguna.. ^_^

      Delete
  3. Macam mana ni..teringin nak beli pemanggang ajaib, namun tak jadi2 lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^