26 March 2013

Jadi Pengapit Orang Kahwin Lambat Jodoh?

Assalamualaikum, 

Asal cuti sekolah je mesti ada orang kahwin. Memang dah jadi trend hujung minggu, sehari je ada 2 atau 3 jemputan ke majlis perkahwinan. Bila bercakap pasal kahwin ni, tiba-tiba teringat kisah aku pernah jadi pengapit kawan aku 2 kali. 

Jadi Pengapit Orang Kahwin Lambat Jodoh

First time aku jadi pengapit bidan terjun. Masa tu kawan baik aku di kampung jemput aku ke kenduri kahwinnya di Perak pada 28.12.2008. Aku bersemangat balik kampung semata-mata nak menghadiri jemputan majlis perkahwinan dia. Tiba-tiba sehari sebelum perkahwinan dia call minta aku tolong jadi pengapit dia. Alasannya sebab dia hanya ada seorang adik perempuan, tapi adik dia tengah pregnant. Nak tak nak aku redah je la sebab kesian pulak. Nasib baik semua ok je.. 

Jadi Pengapit Orang Kahwin Lambat Jodoh

Kali kedua aku jadi pengapit kepada kawan sekerja aku di Putrajaya pada 12.12.2009. Dia ni anak polis dan bakal suaminya pun polis juga. Permulaan majlis semua berjalan lancar. Sampai part menepung tawar aku masih setia di sisi pengantin. Dah jadi adat selepas menepung tawar perlu bagi bunga telur yang dicabut dari tempat bunga pahar. Tiba-tiba bunga pahar tergolek sebab tak balance. Salah aku juga sebab cabut bunga telur kat sebelah bahagian je. Malu giler aku masa tu, semua orang ketawakan aku. Memang dah nasib la..

Jadi Pengapit Orang Kahwin Lambat Jodoh

Berbalik kepada tajuk entri ni, ada pendapat orang tua-tua zaman dahulu mengatakan jadi pengapit orang kahwin berat jodoh. Kebetulan juga sehingga kini aku masih belum berkahwin. Tapi aku rasa tak rasional kenyataan tu. Pada pendapat aku, jodoh kita memang Allah SWT telah tetapkan sejak di azali lagi. So soal cepat atau lambat itu hanya Dia yang tahu. Kita hanya berusaha dan berdoa agar dapat yang terbaik..

2 comments:

  1. ea ke.. heheh... tak kot.. mitos je tu.. sbb sy jadi pngapit majlis nikah kwn sy.. Alhamdulillah.. jodoh sy cepat je.. Jodoh tu dh di tentukan Allah cepat atau lmbat kan... hee..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^