Assalamualaikum
Minggu lepas aku balik dari kampung di Perak ke Kuala Lumpur. Pagi tu aku tak sempat nak sarapan pagi di kampung. Sampai di Kuala Kangsar, aku dan mak singgah makan di Hentian Rehat Sg. Perak. Kami hanya membawa bekal nasi lemak yang dibeli di gerai tepi jalan.
Kami makan di wakaf yang memang tersedia di hentian tu. Tiba-tiba datang 2 ekor kucing betina yang comel. Seekor bulunya warna bertompok dan seekor lagi 3 Rasa. Kasihan aku tengok si Tompok tengah pregnant.
Kucing 3 Rasa |
Kebetulan aku memang tak bawa makanan kucing (pellet). So aku pun share la sikit nasi lemak aku bawa dengan mereka. Tu je yang mampu aku kongsikan dengan makhluk Allah SWT yang comel ni..
|
3 Rasa dan Tompok berehat selepas makan |
Sayangnya aku tak dapat nak bawa balik mereka ke Kuala Lumpur kerana perjalanan masih jauh. Aku berdoa supaya ada insan yang prihatin terhadap mereka dan akan menjaga mereka.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^