Assalamualaikum,
Wanita adalah insan yang berjiwa lembut dan sensitif, namun mereka tabah menjalani liku-liku kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Tangan yang menghayun buaian itu mampu untuk menggoncang dunia. Begitulah besarnya tanggungjawab wanita pada masa kini bergerak seiring dengan kaum lelaki untuk memajukan negara.
Di sebalik keayuan wajah seorang wanita tersimpan seribu satu rahsia yang sukar dimengerti. Mereka bijak membahagikan masa di antara menguruskan kehidupan bekeluarga dan memajukan kerjaya. Oleh itu, seorang wanita hanya ingin dirinya dihargai oleh pasangan atau ahli keluarganya.
Wanita yang paling berjasa di dalam hidupku adalah ibu aku sendiri. Terima kasih kerana telah menjadi sumber inspirasiku di saat aku gembira dan bersedih.. I Love You mak. Selamat Hari Wanita.. Jom layan lagu Wanita nyanyian Sheila Majid..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^