23 March 2013

Diari Trip Menawan Puncak Gunung Ledang

Assalamualaikum,

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terletak di Sagil daerah Muar, negeri Johor. Dengan ketinggian 1,276 meter di bawah aras laut, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang dan menjadi penunjuk arah bagi pelayar sejak zaman dahulu kala.

24 dan 25 Februari 2006
7.00 pagi
Persediaan sebelum kami bertolak adalah membuat latihan dengan mendaki Bukit Besar di Kuala Terengganu, Terengganu. Latihan memang memenatkan sebab kena turun dan naik Bukit Besar tu beberapa kali. Selain itu, aku juga mengekalkan stamina dengan mengamalkan senaman yang teratur dan berjogging pada setiap hari sebelum ekspedisi bermula.

Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Bukit Besar, Kuala Terengganu
Program mendaki Gunung Ledang telah dianjurkan oleh Kelab FICOS Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dengan usahasama Askar Wataniah Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM).

2 Mac 2006
8.00 malam
Rombongan kami seramai 20 orang bertolak dari Kuala Terengganu ke Muar, Johor. Perjalanan mengambil masa hampir 10 jam menaiki bas Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). 

3 Mac 2006
6.00 pagi
Bas yang kami naiki tiba di Tangkak lebih kurang pada jam 6.00 pagi. Kami singgah berehat sebentar di sebuah masjid (aku tak ingat apa nama masjid tu). Kami menunaikan solat subuh dan membersihkan diri masing-masing. Kami bersarapan pagi di sebuah gerai sebelum meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang.

Aku membawa beg yang berisi barangan penting seperti beberapa helai pakaian, peralatan khemah dan semestinya bekalan air kosong. Tak boleh membawa banyak barang sebab nanti akan membebankan diri sendiri juga. 

7.00 pagi
Kami berkumpul di kaki Gunung Ledang dan taklimat ringkas diberikan oleh penunjuk arah kami. Beliau mengingatkan supaya kami semua menjaga tingkah laku, mengikut arahan yang ditetapkan dan berhati-hati sepanjang perjalanan nanti. Pendakian kami pada hari ini juga disertai oleh 20 orang pelajar dari IKM Alor Gajah, Melaka. 
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Bergambar masa mula-mula sampai
8.00 pagi
Pendakian bermula dan kami bergerak secara berpasukan. Daripada 20 orang peserta KUSTEM, hanya 6 orang peserta wanita termasuk aku. Aku dan kawan baik aku Sya memang sentiasa bersama sebab kami masing-masing mengidap penyakit lelah. Tetapi Alhamdulillah sepanjang pendakian tu kami sihat walafiat walaupun keletihan.
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Berhenti rehat - muka keletihan
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Panas semasa mendaki - sempat lagi bergambar
Yang sedikit mencabar bagi aku adalah semasa perlu mendaki menggunakan seutas tali yang diikat pada pokok-pokok untuk laluan sebelum sampai ke tapak perkhemahan. Aku ni sebenarnya jenis yang gayat. Alhamdulillah aku berjaya mengatasi perasaan tu.
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Sempat posing masa tengah mendaki - dah tak gayat
Setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya kami berjaya menawan puncak ledang pada lewat petang. Alhamdulillah kami selamat sampai di atas. Sungguh berbaloi rasanya walaupun keletihan menyelubungi diri. Kami mendirikan khemah dan mencari kayu api untuk memasak.
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
First time sampai terus posing - KUSTEM&IKM Alor Gajah
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Posing lagi
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Bawa banner KUSTEM
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Syok sendiri - pemandangan berlatar belakangkan pemandangan dari puncak Gunung Ledang
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Saja ambil gambar ni sebagai kenangan
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Pemandangan dari puncak - Gunung Ledang terletak di Banjaran Titiwangsa
Makan malam makan makanan macam askar. Masak air sehingga mendidih dan masukkan je plastik berisi makanan segera tu ke dalam air panas. Kemudian buka plastik tu dan boleh terus makan. Sedap juga sesekali makan macam tu. Menu kami nasi, kari ayam dan bubur pulut hitam. 

Malamnya aku tidur dengan nyenyak. Alhamdulillah tiada sebarang gangguan aneh sepanjang kami tidur dan berada di situ. Semuanya perlu dimulakan dengan niat kerana Allah SWT dan semestinya kita perlu menjauhi sikap sombong dan takbur ketika berada di dalam hutan ni. 

4 Mac 2006
7.00 pagi
Subhanallah, begitu indah dan cantik alam ciptaan Allah SWT. Udara segar di pagi hari membuatkan aku merasa tenang. Segala keletihan semasa mendaki hilang setelah mendapat tidur yang nyenyak pada malam tadi.

Setelah bersarapan pagi, kami mengemaskan khemah masing-masing dan membersihkan kawasan sekitar. Kami menuruni Gunung Ledang dengan berhati-hati. Perjalanan turun lebih singkat jika dibandingkan dengan perjalanan mendaki. Pemandangan Hutan Pergunungan begitu unik.
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Masak untuk sarapan pagi
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Antara pokok unik yang aku temui
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Alhamdulillah selamat turun. Penat beb..
Alhamdulillah kami berjaya sampai di kaki Gunung Ledang pada waktu tengahari. Cuaca memang tersangatlah panas. Namun hatiku merasa puas kerana berjaya menawan puncak Gunung Ledang. Insya-Allah aku akan menjejakkan kaki ke sini lagi jika ada masa dan peluang.

1.00 petang
Seterusnya kami bertolak ke IKM Jasin, Melaka. Kami membersihkan diri dan bersolat di sana. Seharian aku tidak mandi memang rasa badan tidak selesa dan melekit. Kami makan tengah hari di Restoren S Zubaidah, Melaka.

Kami juga mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka. Disebabkan badan dah penat, aku hanya berehat sahaja sementara menunggu bas kami membawa kami pulang ke Kuala Terengganu. Serius aku rasa gembira walaupun badan terasa penat. 
Trip Menawan Puncak Gunung Ledang
Jalan-jalan Melaka
^_^

3 comments:

  1. akak , 2006 saya form2..hehe..

    dlu sekolah pun ada juga buat trip panjat gunung ledang..tapi saya tak nak join..huhu..takut..nanti la pi panjat..hehe

    ReplyDelete
  2. Syookkk nyaaa. Teringin nak hiking. Huuuuu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^