Assalamualaikum,
22 Mac 2012
9.30 pagi
Seterusnya sambungan kisah trip aku. Kami tiba di Kg. Luanti, Ranau dan En. Jefrin Majangki, selaku Pengerusi Jawatankuasa Sistem Tagal Sungai Moroli memasang klip video mengenai Sistem Tagal di Sg. Moroli, Kg. Luanti, Ranau, Sabah.
|
Sesi menonton video |
Apakah itu sistem tagal? Tagal merupakan satu konsep pemuliharaan sumber perikanan di sungai melalui pembabitan penduduk sesebuah kampung di mana larangan terhadap sesiapa saja untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang ditetapkan oleh ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi tempoh tertentu.
|
Kaunter Pertanyaan |
|
Sebahagian dari cenderahati yang dijual di sini |
Seterusnya kami dibawa ke kawasan sungai di mana ikan-ikan yang ditagal memberikan perkhidmatan
Fish Massage (mengurut) pengunjung yang mandi di situ. Pengalaman kena urut dengan ikan rasa geli, tapi teruja. Ikan yang digunakan adalah ikan Kelah. Teringat
fish massage yang aku pernah buat di Aquaria KLCC, tapi menggunakan ikan kecil je.
|
Selamat Datang ke Tagal Sg. Moroli, Kg. Luanti, Ranau |
|
Ikan-ikan jinak |
|
Ikan Mengurut Kaki Pengunjung |
Pelbagai kemudahan lain turut disediakan termasuk bilik persalinan pakaian, tandas dan bilik penginapan. Aktiviti lain yang boleh dibuat seperti melalui jambatan gantung, berkelah, mandi di air terjun,
jungle trekking dan
water rafting.
|
Jambatan Gantung |
|
Bilik Persalinan Pakaian |
|
Rumah Penginapan |
|
Ruang Menunggu dan Rehat |
|
Iklan ni aku dapat dari owner tempat tu untuk promosi |
12.30 tengahari
Seterusnya kami melawat sangkar ternakan pengusaha perikanan di Tuaran, Kota Kinabalu. Kami terus bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan jauh yang memenatkan, tetapi memberi banyak pengalaman kepada aku.
---->Part 1 - Rumah Terbalik (klik sini)
---->Part 2 - Bunga Loceng (klik sini)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^