Assalamualaikum,
Pisang merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang mudah diperolehi samaada di pasar atau kedai buah-buahan. Bagi individu yang tinggal di kawasan kampung, pisang boleh ditanam dengan mudah berhampiran rumah.
Pisang |
Ianya enak dimakan secara mentah atau dicampur dengan bijirin. Di sini aku ingin kongsikan 8 manfaat memakan pisang:
1) Baik untuk Diet
- Sebiji pisang mengandungi 11% serat dari RDA dan 108 kalori.
- Kandungan serat di dalam pisang bukan sahaja baik untuk sistem pencernaan, tetapi mampu mengekalkan gula yang rendah dalam darah.
2) Tekanan Darah Rendah
- Kandungan potassium yang tinggi (melebihi 13% dari RDA) mampu menurunkan tekanan darah, di mana mengurangkan risiko atherosclerosis, serangan jantung dan stroke.
3) Kesihatan Tulang
- Di samping menurunkan tekanan darah, potassium juga menghalang tulang menjadi lemah. Pengambilan sodium yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan kalsium melalui air kencing. Ianya bukan sahaja mengancam kekuatan dan kesihatan tulang, tetapi juga memberi kesan negatif kepada mekanisme pembekuan darah, penguncupan otot dan fungsi sistem saraf yang normal.
- Kandunga potassium mampu meneutralkan kandungan sodium yang tinggi di dalam diet, sekaligus mengekalkan kandungan kalsium yang sihat di dalam badan.
4) Penyerapan Nutrien yang Tinggi
- Kandungan potassium dalam pisang bukan sahaja dapat memastikan kandungan kalsium yang sihat di dalam badan. Pisang juga mengandungi kandungan fructooligosaccharide (FOS), bersama insulin bagi menggalakkan penyerapan kalsium.
- FOS bertindak menyuburkan bakteria baik di dalam usus yang menghasilkan vitamin dan enzim pencernaan bagi meningkatkan keupayaan badan menyerap nutrien.
5) Menyihatkan Saluran Pencernaan
- Pisang dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat dari cirit-birit dan sembelit. Kandungan potassium yang tinggi menjana semula elektrolit yang hilang akibat cirit-birit.
- Pisang dapat merawat masalah sembelit dan melancarkan penghadaman dengan pectin, melarutkan polisakarida dan menormalkan saluran pencernaan.
6) Penjagaan Usus
- Pengeluaran mukus di dalam perut boleh melindungi dari asid perut.
- Pisang merencatkan protease, iaitu bahan yang melemahkan bakteria yang menyebabkan ulser di dalam perut (Perencat protease juga mampu menghalang replikasi sel-sel tertentu dan virus, termasuk HIV).
7) Mencegah Barah
- Menurut kajian oleh Internal Journal of Cancer, keberangkalian untuk menghidap barah buah pinggang berkurangan jika mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pisang.
- Misalnya, kebarangkalian menghidap barah buah pinggang bagi wanita yang memakan pisang 4 hingga 6 kali seminggu menurun sebanyak 50%.
8) Vitamin B6
- Sebiji pisang mengandungi 34% daripada RDA vitamin B6, yang berperanan penting kepada kesihatan badan.
- Vitamin B6 dalam pisang bertindak sebagai anti radang yang membantu menghindari penyakit kardiovaskular, kencing manis jenis II, serta obesiti.
- Vitamin B6 juga mengekalkan lymphoid glands bagi memastikan penghasilan sel darah putih yang sihat yang seterusnya mampu melindungi tubuh dari serangan penyakit.
- Vitamin B6 berperanan penting di dalam pembentukan sel dan fungsi sistem saraf yang betul.
Nota:
- RDA (Recommended Daily Allowance) - Unit yang digunapakai oleh US Academy of Science untuk menentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan. RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.
- Fructooligosaccharide (FOS) - juga dikenali sebagai oligofructose atau oligofructan, yang digunakan sebagai pemanis alternatif.
- Atherosclerosis - sejenis penyakit di mana penyempitan berlaku di saluran darah akibat pengumpulan lemak. Jantung adalah organ yang berfungsi untuk mengepam darah beroksigen dan nutrien ke seluruh badan. Jika otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, keradangan akan berlaku dan sekaligus seseorang itu akan diserang penyakit jantung.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^