20 March 2013

Ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias di Lenggong, Perak



Assalamualaikum, 

17 Mac 2013 (9.00 malam)
Aku telah pulang ke kampung aku di Perak pada 16 Mac 2013. Kebetulan masa tu diadakan ceramah oleh Ustaz Mohd Kazim Elias di Dataran Lenggong, Perak pada 17 Mac 2013. Mak cik aku mengajak aku untuk menghadiri ceramah tu. 

Selepas solat magrib kami bertolak ke Dataran Lenggong. Kehadiran orang ramai di luar jangkaan apabila kesemua 2,000 unit kerusi yang disediakan tidak cukup. Sehingga ada yang terpaksa berdiri atau duduk di atas simen atau di tepi longkang. 

Pembukaan acara bermula dengan zikir terapi oleh Hafiz Hamidun. Alunan zikirnya begitu mengasyikkan dan menyentuh perasaan. Seterusnya Ustaz Mohd Kazim Elias memulakan ceramahnya bertajuk "Itulah Sayang". Ceramahnya memang best sebab ianya diselang-selikan dengan lawak yang bersahaja. Namun penyampaiannya begitu jelas dan berkesan untuk dihayati bersama oleh semua golongan masyarakat. 

Ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias
Zikir Terapi oleh Hafiz Hamidun
Ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias
Ceramah yang menarik dan bersahaja
Ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias
Kehadiran di luar jangkaan

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^