28 February 2013

Testimoni Keep Slim

Assalamualaikum,

Aku nak share pengalaman aku sendiri yang pernah mengikuti program pengurusan berat badan di Keep Slim. Aku teruja tengok iklan Keep Slim yang menonjolkan modelnya Raja Azura yang kurus. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai alasan perlu kurus.

Obses Kurus - Google
Aku mula mendaftar program ni pada bulan Oktober 2011 di cawangan Putrajaya. Aku pergi sorang-sorang lepas balik kerja. Memang nampak profesional cara dia layan aku. Mula-mula dia hidangkan secawan teh hijau. Pastu dia bagi pada aku satu form untuk diisi maklumat peribadi dan corak pemakanan seharian yang aku amalkan selama ni. 

Sesi consultation pun bermula. Katanya consultation percuma je. Kemudian dia minta aku tukar pakai panty pakai buang dan bra macam tube (dia sediakan). Memang malu giler sebab first time orang tengok badan aku. Dia ukur berat badan dan ketinggian aku. Pastu aku pakai baju balik dan dia mula consult aku. 

Dia cakap badan aku ni gemuk daging dan dia cadangkan satu pakej yang harganya RM4,000.00. Alahai, mahalnya. Pakej tu 6 sesi rawatan je, tapi harganya satu setengah bulan gaji aku. Dia tanya aku ada kad kredit ke tak, nasib baik aku dah terminate credit card aku dulu. So dia mintak aku bagi deposit dulu dan ansuran 3 kali bayar (mula bayar masa treatment). Aku memang termakan habis dengan kata-kata manisnya. Aku bayar dulu deposit RM100.00. 

Kali pertama rawatan aku datang lepas habis waktu kerja. Aku dah janji nak bayar duit RM1,900.00 kat dia. Dia bawa aku ke bilik consultation dan bagi pada aku jadual pemakanan yang mesti aku ikuti. Rupa-rupanya kena berdiet juga, ingatkan tak payah. Ye la, dah bayar mahal-mahalkan.. 

Kemudian dia suruh aku tukar pakai panty pakai buang dan bra macam tube. Pastu dia timbang berat badan aku dan bawa aku ke bilik sauna. Memang panas giler, tapi boleh tahan lagi la. Setengah jam aku disauna. Pastu dia sapukan krim apa ntah dan balut badan aku dengan wrapping paper. Aku disuruh berbaring kat atas katil, katanya nak guna infra red untuk pecahkan lemak. Dekat 15 minit jugak kot dia buat, tapi aku tak rasa apa-apa pun. Agaknya lemak aku dah tepu kot.. 

Dia bekalkan aku sekotak teh herba dan 6 kotak minuman kesihatan (benda-benda ni memang dah termasuk dalam pakej tu). Minuman kesihatan (perisa limau) tu perlu diminum setiap pagi, rasanya tak sedap pun. Seuncang teh boleh digunapakai banyak kali. Bermula la episod baru berdiet. Kemudian dia bagi tarikh temujanji seterusnya pada minggu depan. 

Kali kedua rawatan, aku cakap baki bayaran ansuran lagi RM2,000.00 tu tunggu gaji aku masuk dulu. Dia cakap ok dia boleh consider. Dia buat proses yang sama macam kali pertama hari tu jugak. Lepas habis sesi infra red tu dia bawa aku masuk ke bilik consultation. Dia mula mempengaruhi aku supaya beli krim yang boleh memecahkan lemak beharga RM 300.00 (kecik je bekas krim tu, tak padan dengan harga). Aku mula rasa tak sedap hati, hari tu masa first time consult takde plak dia cakap kena beli apa-apa tambahan. Lari bajet aku camni. Aku cakap biar la dulu, next treatment aku beli la (ayat nak selamatkan diri). 

Balik ke rumah je, aku mula berfikir balik. Berbaloi ke aku teruskan rawatan kat Keep Slim? Setiap kali treatment kena tambah benda dan semestinya kena tambah duit (kalau dia bagi free ok jugak). Lebih baik aku berhenti sebelum ianya melarat. Tak pasal-pasal hutang aku keliling pinggang. Biarlah aku rugi RM2,000.00 tu, asalkan aku tak terus kayakan dia. Sejak hari tu kalau dia call aku memang dah tak jawab.

Kalau tengok jadual makan yang Keep Slim bagi tu sama macam jadual pemakanan yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan je. Bezanya senaman digantikan dengan rawatan tu. Antara senaman dengan rawatan tu aku lebih prefer senaman kerana ianya tidak memerlukan kos pun.  

Moralnya, jangan cepat terpengaruh dengan iklan. Ukur baju di badan sendiri dan tengok kemampuan kita. Tiada benda yang mudah untuk dimiliki di dunia ni. Semuanya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang.

Namun, tak salah jika kita benar-benar berkemampuan untuk membayar. Memang tak dinafikan, Keep Slim mungkin berkesan tapi kena berkorban duit. Kecuali kalau dah banyak duit dan sampai dah tak tau nak buat apa dengan duit tu.

5 comments:

  1. oo cm tu ye akk aiza... >.< thts right,,jaga pemakanan kitaa dengan baik.. kurus ke gemuk ke y ptg sihat... :) alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Pehh rm4k mahal gilaaa! Kalau Aida, memang tak la kak. Biar la gemuk pun asalkan sihat. Huhu~

    ReplyDelete
  3. actually banyak lagik altanatif lain...neh kire macam cost tersembunyi...kalau sy lari dulu....sbb dye x cakap abes-abes....sy pernah jadijurujual product sapuan barang kecik giler...harge mahal giler...dorang kate orang dah kenal barang dye..last-last sy ngelak jer tiap kali dye talipon...hehehehe...kalau x sy yang teruk!!!hehehe...

    ReplyDelete
  4. Owh..sama je cerita ye kan..saya habis hmpir 4k da..
    Biasa la pompuan nk nmpk cntik je..

    ReplyDelete
  5. mahalnya kos..daripada mengkayakan dia baiknya buat senaman ja kan kak..free tak perlu bayar :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^