Program PR1MA diwujudkan untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman. Kewujudan Program ini adalah sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat.
Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan.

Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya.
Untuk makluman lanjut mengenai kelayakan permohonan dan cara memohon, anda boleh melayari Laman Web Rasmi Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Berhad (http://www.pr1ma.my/howtoapply.html).
Sekiranya anda berkelayakan untuk memohon, pendaftaran di atas talian boleh dibuat (https://register.pr1ma.my/Account/Register).
Sekiranya anda berkelayakan untuk memohon, pendaftaran di atas talian boleh dibuat (https://register.pr1ma.my/Account/Register).
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^