Assalamualaikum,
Kunjungan aku secara kebetulan ke Pasar Tani Mega Putrajaya pada 1 Februari 2013 rupa-rupanya ada rezeki yang menanti. Langkah kanan apabila tiba ada majlis sambutan Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya diadakan di sana. Kami dihidangkan dengan hidangan gulai kawah secara buffet. Rezeki jangan ditolak.
Gulai Kawah |
Pasar Tani Putrajaya terletak di Presint 2, Putrajaya. Ianya diadakan pada setiap hari Selasa dan Jumaat. Pasar Tani Mega diadakan pada setiap hari Jumaat yang dibuka seawal jam 12.00 tengahari dan ditutup pada jam 10.00 malam. Pelbagai pilihan barangan dapur (basah dan kering), pakaian dan juadah (makanan dan minuman) yang dijual di sini. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan boleh tawar-menawar untuk dapatkan harga yang murah. Jangan lupa membawa seisi keluarga untuk berkunjung ke Pasar Tani Putrajaya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^