04 February 2013

NJOI - Satelit TV Percuma dari Astro

Assalamualaikum,

Astro telah memperkenalkan NJOI iaitu satelit TV percuma untuk mengakses dunia pendidikan, maklumat dan hiburan pada bayaran hanya dari RM308 pada kali pertama pemasangan dan tambahan yuran pemasangan RM100.


NJOI terdiri daripada set-top box, piring satelit Out-Door Unit (ODU) , smartcard dan unit alat kawalan jauh. Ianya membolehkan pengguna di Malaysia mengakses kepada maklumat yang berkualiti, pendidikan dan hiburan termasuk sukan dan muzik pada 19 saluran TV dan 20 saluran radio tanpa yuran bulanan. Antara saluran TV yang boleh diakses seperti berikut:
  • Astro Tutor TV UPSR, PMR and SPM
  • Saluran hiburan dan informasi seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, TVi, TV1, TV2, Astro Xiao Tai Yang
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat serta perkhidmatan lain yang disediakan, anda boleh melawat laman web Astro (klik sini).

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^