05 February 2013

Kurangkan Gula dalam Makanan

Assalamualaikum,

Gula merupakan pemanis yang digunakan secara meluas di dalam penyediaan makanan dan minuman kita. Namun  perlu diingat bahawa penggunaan gula secara berlebihan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan obesiti. 

Kurangkan Gula dalam Makanan

Sebelum ini telah dibincangkan mengenai kadar gula dalam makanan. Beberapa cara untuk mengurangkan gula dalam makanan adalah seperti berikut:

1. Kurangkan gula dalam penyediaan makanan manis
Kurangkan pengambilan makanan manis seperti kuih-muih, biskut krim, kek, coklat dan aiskrim. 

2. Kurangkan gula dalam penyediaan minuman manis
Elakkan minuman berkarbonat, sirap atau kordial serta minuman manis yang lain. Banyakkan minum air kosong dan air buah tanpa gula tambahan. 

3. Kurangkan gula dalam masakan
Kurangkan kuantiti gula ketika menyediakan makanan dan hidangan kuih-muih, pencuci mulut, minuman dan masakan.

4. Kurangkan gula dengan melihat label 'tanpa gula tambahan' 
Setiap kali makanan segera atau siap bungkus, semak labelnya sebelum membeli. 

5. Kurangkan gula dengan cara menggantikan makanan manis
Gantikan kuih-muih atau manisan pencuci mulut dengan buah-buahan segar. Ianya lebih berkhasiat serta baik untuk kesihatan.

Oleh itu, kita seharusnya berusaha untuk mengamalkan pemakanan sihat bagi mendapatkan tubuh yang sihat. Kurangkan gula (manis) dalam makanan, namun lebihkan manis dalam senyuman anda. Anda juga boleh membaca mengenai bahaya kolesterol.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^