Assalamualaikum,
Tekanan darah tinggi adalah penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.
Tekanan Darah Tinggi |
Jantung kita bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.
- Tekanan sistolik - nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
- Tekanan diastolik - nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Jadual Kadar Tekanan Darah
Punca Penyakit Darah Tinggi
- Penyakit buah pinggang
- Ubatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid
- Faktor keturunan
- Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi darah tinggi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)
Tanda dan Gejala Penyakit Darah Tinggi
- Darah tinggi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
- Pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
- Seeloknya periksa tekanan darah anda secara berkala di klinik berdekatan.
Komplikasi Penyakit Darah Tinggi
- Darah tinggi akan menyebabkan tekanan dan kerosakan ke atas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, dan buah pinggang. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
- Peningkatan mendadak tekanan darah menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian.
- Tekanan berterusan ke atas organ-organ tubuh akan menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan seterusnya kematian.
- Komplikasi lain akibat tekanan darah tinggi adalah seperti berikut:
- pembuluh darah - pembuluh darah menjadi keras
- buah pinggang - mengakibatkan kegagalan buah pinggang
- mata - pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
- otak - strok/angin ahmar
- Semua komplikasi di atas dapat dicegah jika anda mendapatkan rawatan awal.
Rawatan
- Rawatan tanpa ubatan:
- Mengubah cara hidup seperti kurangkan pengambilan garam
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
- Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
- Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
- Hindari tekanan
- Rawatan Ubatan - mengikut nasihat doktor anda
Oleh itu, bersamalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat bagi menghindari penyakit darah tinggi. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai keperluan kalori seharian. Di dalam artikel yang akan datang akan dibincangkan mengenai diet untuk pesakit darah tinggi.
Diolah dari sumber: www.myhealth.gov.my
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^