17 February 2013

Jom Pergi Mengundi Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13

Assamualaikum,

updated 10 April 2013
Untuk maklumat lanjut berkenaan PRU 13, anda boleh melayari Portal Rasmi PRU 13 (http://www.pru13.gov.my/) atau telefon di talian 03-8885 6565 atau Facebook PRU 13 (https://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Umum-ke-13/284414261652527) atau Twitter PRU 13 (https://twitter.com/SPRPRU13). 

Tarikh-tarikh penting PRU 13:
  1. Penamaan Calon - 20 April 2013
  2. Hari Mengundi Awal (polis dan tentera bertugas menjaga kemanan negara) - 30 April 2013
  3. Hari Mengundi (orang awam) - 5 Mei 2013
*********************************************************************************
updated 9 April 2013
Lagu Jom Mengundi PRU 13
(Tomok, Black, Ayu & Shiha)

*********************************************************************************17 Februari 2013

Tahukah anda, sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kita berhak memilih bakal pemimpin yang layak untuk menerajui kepimpinan negara kita? Pemilihan ini dilaksanakan secara adil dan telus melalui kaedah pilihanraya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berfungsi untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, jumlah penduduk di Malaysia adalah sebanyak 28.3 juta orang. Rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas layak untuk mengundi di pilihanraya umum. Sudahkah anda mendaftar untuk mengundi dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13?

Bagi rakyat Malaysia yang terlibat dengan tugasan rasmi ketika pilihanraya atau berada di luar negara, undi boleh dilakukan secara Undi Pos. Pendaftaran boleh dibuat seperti berikut:
  • Pengundian Pos di Dalam Negara (http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=35:pengundian-pos-di-dalam-negara&Itemid=189)
  • Pengundian Pos di Luar Negara (http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=34:pengundian-pos-di-luar-negara&Itemid=189)
  • Wakil SPR di Perwakilan Malaysia Luar Negara (http://www.spr.gov.my/images/stories/pdf/senarai%20nama%20wakil%20spr%20di%20luar%20negara%20edited%2031%20julai%202012.pdf)
Jika anda telahpun mendaftar sebagai pemilih, anda boleh menyemak status pendaftaran menerusi Laman Web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seperti berikut:
  • Semakan Daftar Pemilih Individu (http://daftarj.spr.gov.my/)
  • Semakan Daftar Pemilih bagi Isi Rumah (http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/)
PRU ke-13 yang akan diadakan pada tahun ini adalah menggunakan dakwat kekal (http://www.spr.gov.my/images/stories/pdf/Poster_Dakwat_Kekal_29.06.12.pdf). Langkah-langkah semasa hari pengundian telah ditetapkan seperti dalam Laman Web SPR (http://www.spr.gov.my/images/stories/pdf/Poster_big_20x30.pdf).

Oleh itu, sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama pergi mengundi. Masa depan negara bergantung kepada undian anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^