03 February 2013

Ke Plaza Low Yatt dengan Tren - Part 2

Assalamualaikum,

Hari ni aku ke Plaza Low Yat lagi. Kali ini nak membeli adapter netbook aku yang dah terbakar. Tengah cas elok-elok, tiba-tiba je keluar asap. Nasib baik aku perasan, kalau tak mahunya terbakar satu rumah aku. So harini aku kena beli yang baru la.

Ke Plaza Low Yatt dengan Tren
Adapter dah keluar asap
Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah. Kali ni aku drive dari rumahku ke Putrajaya Sentral dan parking kereta di sana. Aku menaiki ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan. Tambang sehala hanya RM5.30 je. Kalau nak beli tiket dua hala (pergi balik) pun boleh. 

Dari Bandar Tasik Selatan, terus berjalan kaki ke stesen LRT. Rupa-rupanya dah ada tiket LRT direct dari Bandar Tasik Selatan ke KL Monorail sekarang ni. So aku menaiki tren dari stesen LRT Bandar Tasik Selatan terus ke stesen KL Monorail Imbi. Tren ni transit di Hang Tuah dan ada kemudahan escalator terus ke KL Monorail. Tambang sehala RM2.90. 

Datang ke Plaza Low Yatt ni memang banyak pilihan. So kena rajin survey dulu sebelum membeli. Harga yang ditawarkan pun agak berpatutan dan ada sesetengah kedai masih boleh tawar-menawar. Pusing keliling dulu, akhirnya aku jumpa satu kedai yang memang menjual alat ganti untuk komputer. 

Adapter yang aku beli hanya beharga RM50.00. Berbanding kedai lain jual sampai RM100.00. Customer yang masuk kedai ni pun ramai. Kedai ini juga menyediakan khidmat penukaran skrin note book dalam masa 10-15 minit je. Harga yang ditawarkan untuk alat ganti komputer amat berpatutan. Nama kedai ni DS Notebook Parts terletak di Lot2-052, Aras 2 Plaza Low Yatt. Tuan kedai En Matt boleh dihubungi melalui talian 03-2110 2182 atau emel info@dr-notebook.com. 

Perjalanan balik yang sama macam pergi tadi juga. Perjalanan kali ini amat memuaskan hati sebab kemudahan yang Kerajaan Malaysia sediakan sekarang ni semakin bertambah baik. Tunggu tren pun sekejap je, dah tak lama macam dulu. Tengahari aku dah sampai rumah.

Jadual dan Kadar Tambang:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^