Assalamualaikum,
Jangan Bersedih.. |
Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap insan tidak lepas dari melakukan kesilapan. Hati manusia memang selalu berbolak-balik. Ada kalanya gembira, namun ada kalanya sedih dan kecewa. Kadang kala kita berasa menyesal di atas keputusan yang telah kita buat.
Percayalah, perjalanan hidup kita masih jauh. Terlalu banyak onak dan duri yang perlu diredahi. Walau apa pun yang terjadi, hidup WAJIB diteruskan. Kita hanya merancang, berusaha dan berdoa yang terbaik. Namun qada dan qadar Allah SWT jua penentu segalanya.
Oleh itu, La Tahzan (Jangan Bersedih) jika kita diuji dengan ujian yang berat. Kerana Allah SWT hanya meletakkan ujian yang memang kita mampu memikulnya. Selalulah berdoa dan berusaha supaya Allah SWT memberikan yang terbaik kepada kita.
Namun jangan bersedih jika Dia tidak memberikan apa yang kita minta. Kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan masa akan datang. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang direncanakan oleh Allah SWT kepada kita.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^