27 February 2013

Jom Bayar Zakat Pendapatan

Assalamualaikum,


Kata-kata Hikmah - Matlamat Kompas Kehidupan
Hanya 2.5% dari pendapatan tahunan
Menunaikan zakat adalah salah satu dari Rukun Islam. Ianya merupakan cara untuk menyucikan harta. Salah satu dari zakat yang wajib ditunaikan adalah Zakat Pendapatan. Apa itu Zakat Pendapatan?

Zakat Pendapatan adalah salah satu daripada zakat harta yang dikenakan ke atas penggajian (hasil usaha) apabila mencukupi syarat-syarat yang tertentu. Syarat-syarat wajib zakat (www.zakat.com.my) adalah seperti berikut:

1) Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2) Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3) Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4) Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)

5) Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6) Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, anda wajib membayar zakat. Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 2.5% sahaja daripada keseluruhan pendapatan tahunan iaitu setelah ditolak perbelanjaan-perbelanjaan asasi tahunan (diri, isteri, anak, pemberian kepada ibu bapa, KWSP dan caruman ke organisasi yang membayar zakat seperti Tabung Haji). 

1 comment:

  1. zakat menyucikan diri n harta y kita peroleh driNya :') di smping memberi pada y lebh memerlukan :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^