24 February 2013

Perbezaan di antara Mentega dan Marjerin


Assalamualaikum,

Perbezaan di antara Mentega dan Marjerin
Mentega
Perbezaan di antara Mentega dan Marjerin
Marjerin
Aku ingin kongsikan maklumat mengenai perbezaan di antara mentega dan marjerin. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan terhadap kesihatan anda. Jom kita lihat perbezaan di antara mentega dan marjerin.

1) Pembuatan
  • Mentega - Diperbuat daripada susu atau krim . Tindakbalas kimia yang berlaku akan membuatkan krim memejal. Ianya produk tenusu. 
  • Marjerin - Diperbuat daripada minyak sayuran dan susu skim yang telah diekstrak secara kimia atau minyak sayuran yang dihidrogen. Ianya kombinasi produk tumbuhan dan produk tenusu. 

2) Kandungan Zat
  • Mentega - Mengandungi vitamin A, D, E, dan K (vitamin larut lemak). 
  • Marjerin - Tiada vitamin larut lemak ditemui dalam marjerin. 

3) Kandungan Lemak Trans
  • Mentega - Tidak mengandungi lemak trans. 
  • Marjerin - Ianya mengandungi lemak trans. 

4) Kandungan Kolestrol
  • Mentega - Mengandungi kolestrol dan lemak tepu tinggi disebabkan ianya produk berasakan haiwan. Peningkatan lemak tepu dalam diet boleh menyumbang kepada penyakit jantung. Pengambilan yang sihat lemak tepu adalah 10-15 gram sehari. Satu sudu mentega mempunyai lebih 7 gram lemak tepu.
  • Marjerin - Kandungan kolestrol dan lemak tepu rendah disebabkan ianya produk berasaskan tumbuhan. Namun ianya mengandungi bahan nikel dan toksik kimia lain jika diambil dalam jumlah yang besar. Jika Nikel dimakan secara berlebihan, ia boleh membawa kepada penyakit buah pinggang dan kanser paru-paru.  
Rujukan : 
  1. FitDay
  2. Diffen

1 comment:

  1. baru tau ada beza.. ingatkan sama je..uhuk2 >.< adoyaii~

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^