24 February 2013

Jom Cuti-cuti Malaysia Perak

Assalamualaikum,

Perak adalah salah sebuah negeri yang mempunyai destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati. Keunikan serta kecantikan gua, pantai, tasik, hutan dan beberapa tempat bersejarah pastinya menjadi daya tarikan yang utama.

Jom Cuti-cuti Malaysia Perak

Beberapa destinasi pelancongan utama untuk Cuti-cuti Malaysia Perak adalah seperti berikut: 

1. Lembah Lenggong
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
thejakartapost. com
  • Lembah Lenggong telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia pada 30 Jun 2012. 
  • Kepada pengunjung yang ingin merasai suasana kampung boleh menginap di homestay yang disediakan di sini. 
  • Jika ingin merasai keenakan ikan air tawar dari Tasik Raban sama ada ikan pekasam atau ikan bakar di kedai makan (Restoran Tasik Raban).
  • Jangan lupa untuk melawat ladang rusa yang terbesar di Malaysia. Anda boleh melihat sendiri rusa berkeliaran dan boleh juga membeli daging rusa. 
  • Anda boleh menelusuri sejarah manusia yang wujud pada Zaman Paleolitik dengan melawat Muzium Arkeologi Lenggong.
  • Bagi mereka yang sukakan alam sekitar yang semulajadi, bolehlah berkunjung ke Lata Kekabu. Terdapat juga gunung yang boleh didaki dari lata tersebut. 

2. Taman Negeri Royal Belum, Gerik
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
sedunia.com. my
  • Taman Negeri Royal Belum adalah salah satu hutan simpan terbesar di Semenanjung Malaysia.
  • Kawasan yang kaya dengan biodiversiti flora dan fauna ini menjadi habitat kepada 20 spesies bunga Rafflesia dan 10 spesies enggang Malaysia. Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu dan harimau. 
  • Di kawasan ini  juga terdapat perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.
  • Taman Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon

3. Gua Tempurung, Gopeng 
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
familyfirst3.blogspot. com
  • Nama Gua Tempurung adalah sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjangnya sehingga 1.9 kilometer dan wujud sejak 8,000 SM.
  • Ia terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. 
  • Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
  • Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
  • Gua ini juga pernah menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960. 
  • Ia juga pernah dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970.

4. Taman Herba, Batu Gajah
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
anjunglara.blogspot. com
  • Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.
  • Antara spesis herba popular yang boleh didapati di sini ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba. Spesis seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam.
  • Anda boleh menikmati keindahan pelbagai tumbuhan dan bau haruman herba yang menyenangkan jiwa.  

5. Hutan Paya Bakau Matang, Taiping
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
tripadvisor. com
  • Hutan Paya Bakau Matang seluas kira-kira 40,000 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906.
  • Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.
  • Jika ingin melihat  kelip-kelip atau kunang-kunang, pengunjung boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam.
  • Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies.
  • Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat proses menghasilkan arang.

6. Sungai Klah Hot Springs 
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
fluffyribbon.blogspot. com
  • Sungai Klah Hot Springs dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau. 
  • Ia dibuka pada tahun 2003 dan menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung. 


7. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
groupon. my

  • Pulau Orang Utan ini berkeluasan 14 hektar dan memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan gelagat dan aksi orang Utan.
  • Orang Utan berasal dari Malaysia dan Indonesia adalah spesies beruk terancam. Mereka akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas.
  • Jika anda ingin menyaksikan pelbagai aksi anak-anak Orang Utan, bolehlah menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah.

8. Zoo Taiping & Night Safari
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
thristhan.com
  • Zoo Taiping terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill).
  • Ianya juga dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia dengan keluasan 8.5 hektar. Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.
  • Sebanyak 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie terdapat di sini.
  • Night Safari telah dirasmikan pada 15 Jun 2003 adalah antara pertama seumpamanya di Malaysia.

9. Ipoh - The Limestone Wonder
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
myhomilia.blogspot. com
  • Bandaraya Ipoh dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur yang cukup unik. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun melihatnya.
  • Antara tempat menarik yang terdapat di Ipoh ialah Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun.
  • Di Gua Tempurung dan Gua Puncak, pembentukan stalaktit dan stalagmit yang unik pasti mengujakan anda selain laluan di sepanjang penjelajahan di dalam kedua-dua gua itu.
  • Jika ingin menyaksikan lukisan batu zaman Neolitik yang berusia lebih kurang 5,000 tahun dahulu bolehlah berkunjung ke Gua Tambun
  • Taman Rekreasi Gunung Lang menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong yang cantik dan memukau. 
  • Jika ingin berekreasi bersama keluarga, bolehlah ke Lost World of Tambun yang dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi serta bukit batu kapur yang menakjubkan. 

10. Lumut & Pulau Pangkor
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
puileng.travellerspoint. com
  • Lumut terletak lebih kurang 84 kilometer dari bandar Ipoh terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang.
  • Bagi pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor pasti akan singgah di Lumut. Pelancong bolehlah menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor dengan hanya mengambil masa selama 30 hingga 45 minit.
  • Pulau Pangkor juga kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak.
  • ‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota. 
  • Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

11. Kuala Kangsar Bandar Diraja
Jom Cuti-cuti Malaysia Perak
ms.wikipedia. org
  • Bandar Diraja Kuala Kangsar telah berusia kira-kira 150 tahun. Jika anda memandu kereta dari Ipoh, hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke Kuala Kangsar.  
  • Nama Kuala Kangsar berasal daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama ‘Kuala Kurang Sa’.
  • Bagi anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan, Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah.
  • Anda juga boleh melihat sendiri bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan.
  • Tarikan lain yang terdapat di Kuala Kangsar adalah Labu Sayong unik yang dihasilkan oleh penduduk setempat.
  • Jika anda ingin merasai laksa buatan sendiri bolehlah menikmatinya di medan selera Sungai Perak berhampiran bandar Kuala Kangsar.
Banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati di negeri Perak. Jom cuti-cuti Malaysia Perak bersama keluarga atau teman-teman anda. 

Sumber info: hmetro.com.my/myMetro/articles/10IkonPelanconganPerak/Article/index_html

1 comment:

  1. xprnh un jejakkan kaki kat perak :'( xpee :) ada rezeki nak melancong satu malaysiaa... ehehhexD

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^