06 February 2013

Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

Assalamualaikum,

Kerajaan Malaysia telah mewujudkan pelbagai insentif bagi membantu Rakyat Malaysia. Salah satu insentif yang disediakan untuk golongan belia ialah Program BL1M khusus kepada belia yang ingin memiliki lesen motosikal tetapi kurang berkemampuan. Harga yang ditawarkan sangat murah iaitu RM199.00 sahaja di mana penjimatan sehingga 50% dari harga asal. 

Syarat-syarat Penyertaan adalah seperti berikut:
  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  4. Sihat tubuh badan
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
  9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888
  10. Tiada cara pintas
Oleh itu, jangan lepaskan peluang jika anda ingin memiliki lesen motosikal secara sah dan murah. Pendaftaran telah dibuka secara online di laman web BL1M (http://bl1m.my/daftaronline.html). 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^