03 February 2013

Rebat RM200 untuk Telefon Pintar

Pakej Komunikasi Belia


YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan mengenai rebat RM200 (https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html) untuk telefon pintar di dalam pembentangan Bajet 2013 (28 September 2012). Petikan ucapan beliau mengenai perkara ini seperti berikut: 

"Sebahagian besar daripada 22 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan telefon pintar untuk melayari internet adalah golongan belia. Oleh itu, bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat 200 ringgit akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Sebanyak 300 juta ringgit telah disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia". 

Syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan Pakej Komunikasi Belia ini adalah seperti berikut:
  • Celcom 
  • Maxis
  • Digi
  • U Mobile 
  • Tune Talk 
  • Yes (setakat ini pakej ini sold out) 
  • Clixster 

Untuk pendaftaran anda boleh mengisi borang permohonan menerusi Laman Web SKMM (https://komunikasibelia.skmm.gov.my/). Atau terus klik link di bawah:
  • Borang Permohonan dalam Talian (Pekerja) - https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPekerja
  • Borang Permohonan dalam Talian (Pelajar) - https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPelajar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^