16 February 2013

10 Tips Awet Muda

Assalamualaikum,

Memiliki rupa paras yang sentiasa awet muda menjadi idaman setiap insan. Tidak hairanlah mengapa ramai individu yang sanggup berhabisan duit untuk mengekalkan kecantikan. Sehingga ada juga individu yang sanggup mengamalkan amalan khurafat iaitu memakai susuk untuk kelihatan cantik di mata manusia lain.

Bagaimanakah cara untuk kekal awet muda? Sebenarnya anda tidak perlu mengamalkan amalan khurafat atau berhabisan duit. Di sini aku ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh kita amalkan bersama. 

1) Bangun Tidur
Tips Awet Muda
  • Baca doa selepas bangun tidur dan jangan terus gosok gigi. 
  • Selawat 3 kali dan masukkan sedikit air suam ke dalam mulut anda. Biarkan air dalam mulut selama 10 saat sebelum ditelan. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang bermanfaat kepada sistem percernaan kita. 
  • Kemudian barulah anda boleh menggosok gigi seperti biasa. 

2) Mandi
Tips Awet Muda
  • Mulakan mandi dengan menjiruskan air di bahagian kaki terlebih dahulu. Seterusnya basuh bahagian lutut naik ke bahagian atas badan sehingga ke kepala. 

3) Membersihkan Wajah
Tips Awet Muda
  • Bersihkan wajah anda bermula dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. 
  • Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4) Selepas Solat Subuh
Tips Awet Muda
  • Baca surah Yusof dan minum 3 teguk air suam. Doakan semoga wajah kelihatan berseri dan awet muda.

5) Bersenam
Tips Awet Muda
  • Hirup udara segar dari luar rumah pada waktu pagi dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. 
  • Lakukan senaman ringan selama 15-20 minit.  

6) Bersolek
Tips Awet Muda
  • Amalkan setiap kali bersolek, baca selawat 3 kali di kedua tapak tangan dan rautkan ke wajah dari bawah ke atas.
  • Niatkan dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. 

7) Ketika Makan
Tips Awet Muda
  • Baca doa makan dan berhenti makan sebelum kenyang. 
  • Elakkan makan diselang selikan dengan minum air. Seelok-eloknya minumlah air setelah setengah jam selepas makan.

8) Mendekatkan Diri dengan Allah SWT
Tips Awet Muda
  • Membaca Al-Quran setiap hari dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. 
  • Amalkan solat sunat tahajud.
  • Selalu bermuhasabah diri. 

9) Melaksanakan Kerja
Tips Awet Muda
  • Mulakan sesuatu urusan dengan niat kerana Allah SWT. 
  • Bersikap tenang dan positif di dalam melaksanakan kerja. 

10) Sebelum Tidur
Tips Awet Muda
  • Baca doa tidur, Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah an-Nas, Ayat Kursi, Selawat 10 kali dan Bismillah 21 kali. 
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^