12 February 2013

Ayam Bakar Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum, 

Sesekali pelbagaikan gaya memasak menggunakan Pemanggang Ajaib. Semestinya Pemanggang Ajaib digunakan kerana ia merupakan alat memasak yang ringkas, mudah dan menjimatkan masa. Jom memasak..

Ayam Bakar Pemanggang Ajaib
Ayam Bakar Pemanggang Ajaib
Ayam Bakar Pemanggang Ajaib
Bahan-bahan:
6 ketul bahagian ayam (aku guna bahagian dada dipotong sederhana besar)
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit marjerin/minyak masak

Bahan-bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara Memasak:
1) Perap ayam bersama bahan-bahan kisar, serbuk kari, serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan sedikit garam selama 15-20 minit.
Ayam Bakar Pemanggang Ajaib


2) Sapukan sedikit marjerin/minyak masak pada permukaan dalam Pemanggang Ajaib. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam Pemanggang Ajaib. Masak di atas api yang sederhana. Balik-balikkan Pemanggang Ajaib sehingga ayam masak. 

Ayam Bakar Pemanggang Ajaib

3) Sedia untuk dihidangkan. 

4 comments:

  1. saya beli happycall jumbo grill melalui qoo10.my free shipping from korea.payment by local transfer.dorang delivered by ems a week dah smpai to msia. skrg dorang offer silicon tool spatula/ spoon / brush rm12.40. ceramic pot set offer from rm220++. jom beli jimat cost free shipping. brg ori pulak tu direct dr korea

    ReplyDelete
  2. sedapnya ayam panggang ni.. terasa lapar la pulak huhu.. :-)
    info jawatan 0 | ragam manusia | tazkirah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^