13 February 2013

Testimoni Safi Rania Gold

Assalamualaikum,

Testimoni Safi Rania Gold
Sebahagian dari set  Safi Rania Gold
Dah hampir setahun aku menjadi pengguna setia produk Safi Rania Gold. Sebelum ni kulit muka aku agak kusam dan tona tidak sekata. Lagi 1 kulit aku sangat sensitif pada sembarangan produk, selalunya mesti kulit akan jadi kering dan gatal kalau produk tak sesuai. Puncanya sebab aku bekerja dalam keadaan stress dan aircond kat ofisku tersangatlah sejuk.

First time aku tengok iklan kat tv model Rozita Che Wan hatiku mula tertarik untuk mencuba.. Mula-mula aku cuba gel pembersih wajah dan krim malam. Dalam jangka masa dua minggu je aku rasakan perubahan. Alhamdulillah kulit wajah rasa lebih lembap dan tona sekata.

Sejak dari tu aku mula beli  penyegar, krim siang dan krim kecantikan. Hingga saat ini aku amat berpuas hati dengan keberkesanan produk ini. Selain dari berkesan, ianya juga selamat dan halal. Bersama kita menyokong Barangan Buatan Malaysia.

Aku bukan nak promote produk ni. Takde orang bayar aku pun kalau buat promosi. Sememangnya produk ini sesuai dengan kulit aku. Tak semestinya ia sesuai dengan kulit orang lain. Walau sesibuk manapun kita, jangan lupa rutin dua kali sehari iaitu membersih, menyegar dan melembap kulit wajah. 

2 comments:

  1. NINI pon teringin nak pakai safi rania...=D

    ReplyDelete
  2. I pun pakai produk SRG sebelum ni. Semua tegur muka I cerah sampai suami I pun tegur I muka I mcm buat facial n glowing lastly I gatal Tukar produk. But muka ok Cuma tak secantik time pakai SRG. Nak beli balik la set ni!!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^