Assalamualaikum,
20 Disember 2012 yang lepas merupakan hari lahir aku. Hari lahir kali ini tak meriah seperti tahun lalu. Keluarga dan kawan-kawan hanya ucapkan di Face Book je. Kalau difikir-fikirkan, tarikh birthday aku tahun 2012 ni memang cantik - 20.12.2012.
Beberapa perkara penting yang terjadi pada tarikh 20 Disember 2012:
- Aku dapat pemulangan baki kredit sebanyak RM52.30 bagi talian Celcom yang telah aku tamatkan perkhidmatan pada tahun 2011. Tak sangka ada je rezeki walaupun sedikit. Alhamdulillah..
![]() |
Cek ni bertarikh 20 Disember 2012 |
- Aku ditemuduga untuk jawatan Pembantu Makmal oleh SPA. Dukacita aku tak dapat jawatan ni. Dah bukan rezeki aku. Redha je la..
![]() |
No. giliran 0113 |
- Apa-apa pun, itu hanya tarikh semata-mata, tiada kena mengena dengan insan yang hidup atau mati. Kita hanya mendoakan yang terbaik untuk diri kita di dunia dan akhirat. Hanya Allah SWT penentu segalanya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^