Assalamualaikum,
Seringkali kita meragui sama ada makanan, produk atau premis yang dikunjungi atau makan saban hari adalah berstatus halal atau pun tidak. Persoalan halal adalah penting disebabkan ianya melibatkan pembentukan rohani dan jasmani.
Kepentingan memakan makanan yang halal telah pun disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran melalui firman-Nya :
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.”
(Al-Maidah : 88)
Islam menggesa supaya kita menjaga pemakanan seharian dengan memakan makanan yang bersih dan halal sahaja. Mereka dilarang memakan makanan yang kotor dan haram kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan.
Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah bertanggungjawab untuk memastikan semua produk yang diberi sijil halal atau yang menggunakan perbahasaan halal adalah suci dan halal mengikut lunas-lunas syarak.
Sekiranya anda meragui tahap halal sesuatu makanan, produk atau premis, anda boleh terus membuat pertanyaan/aduan/maklumbalas melalui Portal Rasmi Halal (klik sini).
Anda juga boleh menyemak status pemegang sijil halal menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti berikut:
HALAL< >SEMAK< > No. Pendaftaran Syarikat (ROC) dan hantar ke 15888
Contoh : HALAL SEMAK 12345X
ooo baru tau leh guna melalui sms utk check halal ke x.. that info nye akk :)
ReplyDelete