Assalamualaikum,
Berpeluh adalah penting untuk mengekalkan suhu badan. Namun jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah bau badan yang kurang menyenangkan. Pasti kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan insan lain.
Mencegah Bau Badan (Gambar hiasan) - huffingtonpost.ca |
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai mencegah nafas berbau. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegah bau badan adalah seperti berikut:
1. Mencegah bau badan dengan memilih pakaian dari fabrik semulajadi
Kain kapas adalah fabrik semulajadi yang baik untuk menyerap peluh. Ianya lebih baik daripada kain sintetik.
2. Mencegah bau badan dengan mengurangkan memakan bawang
Pemakanan bawang putih dan bawang merah mentah boleh membuatkan badan, gigi dan rambut anda berbau.
3. Mencegah bau badan dengan mengurangkan masakan daging berempah
Ekstrak protein dan minyak daripada daging dan rempah tertentu kekal dalam sistem perkumuhan dan ianya lambat dihadam. Seterusnya ia menyumbang kepada bau badan yang kurang menyenangkan.
4. Mencegah bau badan dengan menggunakan limau nipis dan daun sirih
Penggunaan bahan semulajadi seperti limau nipis dan daun sirih mampu mengatasi masalah bau badan. Gosokkan ke ketiak anda ketika mandi. Bilas ketiak dengan air dan gosok dengan belakang tapak tangan sambil selawat 3 kali.
5. Mencegah bau badan dengan memakai deodoran
Melaburlah sedikit wang untuk membeli deodoran bagi meningkatkan keyakinan diri kita apabila berhadapan dengan insan di sekeliling anda.
Oleh itu, masalah bau badan perlu diatasi dengan segera agar ianya tidak mengganggu aktiviti seharian kita. Terdapat banyak lagi cara untuk mencegah bau badan yang boleh dilakukan. Apa yang penting perlu konsisten melakukannya.
tawas pun berguna jugakk.. jaga kebersihan diri..kalau berbau nnti org sisihkn kita >.<
ReplyDelete