07 February 2013

Roti John Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum,

Anda boleh mempelbagaikan resipi masakan dengan menggunakan Pemanggang Ajaib. Hari ni aku nak share satu lagi resipi iaitu Roti John Pemanggang Ajaib. Ianya mudah disediakan dan rasanya tetap sama dengan yang dimasak dengan kaedah biasa.

Roti John Pemanggang Ajaib
Roti John Pemanggang Ajaib
Bahan-bahan (untuk 4 biji):
4 biji roti hotdog (dibelah dua, tapi jangan putus)
3 biji telur
80 gm daging cincang - goreng seketika jika suka
1/4 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
sedikit kubis dan lobak merah - dipotong dadu kecil
(aku hanya guna 2 sudu besar kubis dan 2 sudu besar lobak merah yang telah dipotong)
1/2 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mayonis, sos cili
Marjerin

Cara-cara Memasak:
1) Sediakan bahan-bahan.
Bahan-bahan Roti John Pemanggang Ajaib
Bahan-bahan
2) Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan daging cincang, bawang besar, kubis, lobak merah, serbuk kari dan daun bawang. Perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah secukup rasa. Pukul campuran hingga sekata.
Campurkan semua bahan
Campurkan semua bahan
3) Sementara itu, panaskan Pemanggang Ajaib. Sapukan semua roti dengan sedikit marjerin. Masukkan sedikit campuran telur ke dalam Pemanggang Ajaib.
Masuk campuran telur
Masuk campuran telur
4) Letakkan roti yang telah dibelah dua ke atasnya. 
Letakkan roti
Letakkan roti
5) Balikkan sehingga telur garing.
Balikkan sehingga garing
Balikkan sehingga garing
6) Angkat dan letakkan mayonis dan sos cili. Lipatkan Roti John dan potong kepada bahagian yang disukai (Aku lipat tak jadi kemas). 
Letakkan mayonis dan sos cili
Letakkan mayonis dan sos cili

2 comments:

  1. saya beli happycall jumbo grill melalui qoo10.my free shipping from korea.payment by local transfer.dorang delivered by ems a week dah smpai to msia. skrg dorang offer silicon tool spatula/ spoon / brush rm12.40. ceramic pot set offer from rm220++. jom beli jimat cost free shipping. brg ori pulak tu direct dr korea

    ReplyDelete
  2. adoi! byk betul resepi akak...tak sabar nak dapat sally punya pemanggang ajaib! ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^