01 February 2013

Khasiat Susu Kambing

Assalamualaikum,

Khasiat Susu Kambing
Kambing
Susu kambing merupakan pilihan alternatif yang memberi khasiat kepada tubuh badan manusia selain daripada susu lembu. Susu kambing mentah mempunyai manfaat seperti berikut:

1) Anti-Radang Semulajadi
Bagi individu yang mempunyai masalah keradangan usus, susu kambing amat sesuai diambil jika dibandingkan dengan susu lembu.

2) Agen Metabolik
Berdasarkan kajian oleh USDA dan Prairie View A & M University, susu kambing meningkatkan keupayaan untuk metabolisme zat besi dan tembaga, khususnya di kalangan individu yang mempunyai masalah penghadaman dan penyerapan yang terbatas. 

3) Bio-availability
Satu lagi faedah meminum susu kambing adalah ia hampir sama dengan  susu ibu manusia berbanding susu lembu. Oleh kerana ianya hampir menyamai susu ibu, ia mudah dicerna dan diserap badan manusia.

4) Rendah Lemak
Susu kambing adalah salah satu pilihan yang baik bagi individu yang ingin menurunkan berat badan. Ia mempunyai kurang lemak, tetapi masih mengekalkan tahap protein dan asid amino yang tinggi seperti yang terdapat dalam susu lembu.

5) Tinggi Asid Lemak
Berbanding susu lembu mempunyai kira-kira 17% asid lemak, susu kambing mempunyai 35% asid lemak yang menjadikan ia lebih sihat berkhasiat. Malah, 50% daripada individu yang tidak bertoleransi dengan laktosa dalam susu lembu mendapati bahawa mereka dengan mudah mencerna susu kambing, terutamanya jika ia adalah mentah.

6) Kaya dengan Kalsium
Pengambilan kalsium adalah penting bagi mengekalkan kesihatan tulang dan gigi yang kuat. Susu kambing juga mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 

7) Meningkatkan Sistem Imunisasi
Susu kambing mempunyai mineral dan selenium yang penting bagi mengekalkan sistem imunisasi badan yang kuat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^