Assalamualaikum,
Siang tadi aku ke Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013. Acara yang dianjurkan oleh Sinergi Ilmu ini telahpun bermula pada 22 Februari 2013 dan ianya diadakan di Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya.
|
Pintu masuk utama ke Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013 |
Disebabkan aku datang pada hari kerja, tak ramai orang yang datang. So aku bebas mencuci mata melihat buku-buku yang dijual. Diskaun yang ditawarkan oleh penerbit-penerbit buku yang menyertai amat berpatutan iaitu dari 10% hingga 30%. Baucar Buku 1 Malaysia juga diterima.
|
Antara buku yang dijual (Sarjana Media) |
|
Antara buku yang dijual (Jasmin Publications) |
|
Antara buku yang dijual (Karangkraf) |
Jangan lepaskan peluang untuk membawa seisi keluarga mengunjungi ekspo buku ini. Jom menimba ilmu dengan memperbanyakkan membaca buku-buku ilmiah. Budaya membaca perlu diterapkan sejak anak-anak kita masih kecil. Membaca itu jambatan ilmu..
suka giler kalau ada expo cm ni... hu2.. suka tgk2 buku.. hee~ tapi xleh beli byk2 xcukp budget..huk3
ReplyDelete