13 February 2013

Jom Derma Darah

Assalamualaikum,

Pernahkah anda menderma darah? Masa study dulu memang kerap aku menderma darah. Pengalaman first time aku menderma darah, masa tu tengah study lagi memang sangat teruja. Lepas tu memang aku tak pernah miss menderma setiap 3 atau 4 bulan sekali. Tapi masa dah kerja aku dah tak derma lagi sebab ada masalah kesihatan. 

Derma Darah

Hakikatnya, jika kita tak mampu membantu seseorang dengan wang ringgit, kita masih dapat membantu insan lain melalui pendermaan darah. Tahukah anda, pada setiap hari hospital kerajaan dan swasta memerlukan banyak darah untuk kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia?

Untuk satu sesi menderma darah, jumlah darah yang diambil bergantung kepada berat badan kita. Jika berat 45-50 kg, isipadu darah yang diambil ialah 350 ml sahaja. Jika berat melebihi 50 kg, kuantiti darah yang diambil ialah sebanyak 450 ml. 

Berikut adalah senarai Tabung Darah Di Hospital-Hospital Utama Di Seluruh Negara:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^