Assalamualaikum,
Masalah nafas berbau pastinya akan mengganggu kehidupan seharian kita. Keyakinan diri akan semakin menurun apabila orang di sekeliling menjauhkan diri dari kita. Usah bimbang, nafas berbau tentunya boleh diatasi.
Mencegah Nafas Berbau (Gambar hiasan) - tephensdentistry.com |
1. Mencegah nafas berbau dengan memberus dan flos gigi
Salah satu punca utama nafas berbau adalah kewujudan plak dan sisa makanan yang melekat pada celah gigi yang menjadi tempat pembiakan bakteria. Beruslah gigi dua kali sehari dan flos setiap hari.
2. Mencegah nafas berbau dengan memberus/mengikis lidah
Sisa makanan pada lidah boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang seterusnya menyebabkan nafas berbau. Jangan lupa memberus lidah setiap kali memberus gigi. Alternatif lain ialah menggunakan pengikis lidah.
3. Mencegah nafas berbau dengan mengurangkan makan bawang
Pengambilan bawang merah dan bawang putih boleh menyebabkan nafas anda berbau. Elakkan makan bawang merah dan bawang putih, terutama jika anda ingin menghadiri majlis.
4. Mencegah nafas berbau dengan berhenti merokok
Elakkan merokok untuk mencegah nafas berbu. Sebaliknya banyakkan meminum air putih untuk mengekalkan kesegaran badan dan nafas anda.
5. Mencegah nafas berbau dengan berkumur dengan ubat kumur
Kini terdapat pelbagai jenama ubat kumur di pasaran seperti Listerine dan Colgate. Berkumurlah dengan ubat kumur bagi mengurangkan bakteria yang menyebabkan pembentukan plak.
6. Mencegah nafas berbau dengan mengunyah gula-gula getah tanpa gula
Kunyahlah gula-gula getah tanpa gula berperisa pudina untuk kesegaran nafas yang berpanjangan. Gula-gula manis menyebabkan pertumbuhan bakteria dalam mulut.
7. Mencegah nafas berbau dengan menggunakan penyembur penyegar nafas
Penyembur penyegar nafas boleh dibeli di farmasi. Saiznya yang kecil mudah untuk disimpan dalam beg tangan. Hanya semburkan ke dalam mulut bila perlu dan ia bertindak segera menyegarkan nafas.
Oleh itu, berusahalah menjaga penampilan diri dengan mengekalkan kesegaran nafas anda. Nafas berbau bukanlah satu penyakit, tetapi masalah yang semestinya ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting berusahalah untuk mencegah nafas berbau.
Oleh itu, berusahalah menjaga penampilan diri dengan mengekalkan kesegaran nafas anda. Nafas berbau bukanlah satu penyakit, tetapi masalah yang semestinya ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting berusahalah untuk mencegah nafas berbau.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^