22 February 2013

Nilai Sebuah Cinta

Assalamualaikum,

Saban hari aku melihat manusia sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Demi cinta, segalanya  sanggup digadai dan diabai. Cuba renungkan situasi-situasi berikut:

Situasi 1:
Di sebuah negara yang mengalami peperangan berlarutan, manusia sanggup bermusuhan dan berbunuhan antara satu sama lain. Kanak-kanak kecil dan wanita tua menangis ketakutan dan kelaparan. 

Situasi 2:
Seorang suami sanggup mengahwini wanita lain semata-mata kerana si isteri sudah tua dan tidak mampu melayan. Sedangkan mereka sudah berumahtangga selama 25 tahun.

Situasi 3:
Seorang remaja yang ditinggalkan kekasih sanggup mengakhiri nyawanya dengan cara membunuh diri. Sanggup dia mengelar nadi di tangannya. Tidak berasa sakit dan sengsarakah mati secara begitu?

Situasi 4:
Seorang ibu tunggal yang kematian suami sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anaknya bahagia dan berjaya. Sanggup si ibu melakukan apa jua pekerjaan termasuk kerja haram demi mendapatkan sesuap nasi menyara anak-anak. 

Apakah sebenarnya nilai sebuah cinta? Adakah wang dan harta? Atau maruah diri? Atau pun nyawa? Di dalam al-Quran, cinta disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), di mana kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu menyukai, senang dan menyayangi.

Nilai Sebuah Cinta

Cinta kepada manusia tidak akan berkekalan kerana manusia akan mati. Cinta kepada harta pasti harta akan semakin menyusut. Cinta kepada kecantikan pasti kecantikan akan pudar. Cinta yang paling tinggi martabatnya adalah kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Inilah cinta yang tidak akan luntur sekalipun maut memisahkannya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^