05 February 2013

Tukar dari Celcom Postpaid kepada Celcom Prepaid

Assalamualaikum,

Masa study dulu saya guna talian telefon Celcom Prepaid. Sehinggalah saya mula bekerja pada tahun 2008, saya mula bertukar kepada Celcom Postpaid. Sebabnya saya selalu call mak saya yang tinggal sorang-sorang di kampung. Komitmen bulanan bil sebanyak RM50.00 je, memang jimat berbaloi-baloi.
Tukar dari Celcom Postpaid kepada Celcom Prepaid
Kelebihan guna postpaid pada masa tu adalah kadar rata 15 sen per minit untuk panggilan dan 12 sen per sms. Tapi sejak mak saya tinggal dengan saya pada tahun 2011, saya dah jarang call out. So rasa rugi plak tiap-tiap bulan guna sikit je, tapi tetap kena bayar RM50.00 gak. 

So  saya pergi ke Celcom Centre Sg. Chua untuk buat pemotongan dan bertukar kepada prepaid. Saya amat berpuas hati dengan Pegawai Khidmat Pelanggan di sini. Mesra dan bersopan je. Tak macam Pegawai Khidmat Pelanggan yang saya pernah jumpa di Telekom Malaysia Kuala Kangsar Perak dulu. Saya tak boleh lupa dia marah kat customer tu. Kisahnya (klik sini). 

Berbalik kepada kisah saya tadi, pegawai tu menerangkan prosedur untuk menukar pelan dari Celcom postpaid kepada Celcom prepaid. Saya memang nak kekalkan nombor telefon asal. Sayang sebab ni nombor rasmi saya sejak saya study dulu. Banyak kenangan suka duka bersama nombor ni.

Jika masih sayangkan nombor telefon asal, hanya semudah 1,2,3. Kaedahnya begini :
  • Satu - bertukar kepada prepaid rangkaian lain. Saya pilih Digi, nak tukar pun free je. Cuma isi form yang disediakan oleh Digi Centre (kedai wakil Digi pun boleh) dan dalam masa 24 jam dah boleh guna nombor ni. (*)
  • Dua -  guna nombor rangkaian tu seminggu je. Saya guna nombor Digi tu dua minggu. 
  • Tiga - pergi semula ke Celcom Centre (kedai wakil Celcom pun boleh). Anda boleh la  register semula Celcom Prepaid.
* Pastikan outstanding balance untuk nombor postpaid (nombor lama) anda diselesaikan terlebih dahulu. 

19 comments:

  1. Maksudnya kena tukar jadi prepaid selain celcom lah baru boleh jadi prepaid celcom?

    ReplyDelete
  2. Maksudnya kena tukar jadi prepaid selain celcom lah baru boleh jadi prepaid celcom?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu.. kalau ikut prosedur yang diterangkan oleh pegawai celcom memang macam tu.. kena tukar nombor prepaid rangkaian lain terlebih dahulu.. kemudian baru bertukar kepada nombor prepaid celcom balik.. ni semua berdasarkan pengalaman saya juga..

      Delete
  3. Salam. Nak tanya. Outstanding balanced nk kena byr hbs sebelum tukar ke prepaid ke?

    ReplyDelete
  4. @Anonymous
    waalaikummussalam.. jika mengikut pengalaman saya memang kena habis bayar..

    ReplyDelete
  5. Salam...nak tnya la...tukar ke line lain tu cth nye digi tu,kne tkar digi prepaid ke postpaid...sy pun sme kes cam awk..tpi smpai skrg x tau cr ny bgaimane...

    ReplyDelete
  6. @liana raszali
    waalaikummussalam.. tukar ke line lain tu prepaid.. saya terangkan ikut pengalaman saya:
    1. dari Celcom Postpaid saya tukar kepada Digi Prepaid..
    2. kemudian dari Digi Prepaid saya tukar kepada Celcom Prepaid..

    ReplyDelete
  7. Salam..sy nk tanya jika saya dah tukar cekcom postpaid ke maxis prepaid, saya perlu ke celcom pula ke untuk terminate postpaid celcom atau semua tu maxis uruskan?

    ReplyDelete
  8. Tukar mcm tu je ke atau selepas tukar kena pegi celcom utk terminate nombor postpaid?

    ReplyDelete
  9. @maziah
    mengikut pengalaman saya, perlu ke celcom centre juga untuk terminate..

    untuk lebih jelas, boleh terus menghubungi celcom di talian 1111 (caj dari nombor celcom ke talian ini adalah percuma)..

    ReplyDelete
  10. memang kene pakai line maxis tu seminggu ke..kalau xsampai seminggu ..xleh tukar ek...?

    ReplyDelete
  11. @cepul
    sebenarnya ia bergantung kepada jenis telco..
    macam saya dulu syarat untuk digi guna sekurang-kurangnya 1 minggu..
    untuk maxis saya tak pasti pula syaratnya..

    ReplyDelete
  12. kurang jelas dgn senario diatas. Contoh: saya ada no celcom postpaid (sub no) nak bertukar ke digi prepaid tp nak kekal nombor so mana nak pergi dulu..terminate di celcom atau terus ke digi.tq

    ReplyDelete
  13. @Anonymous
    untuk sub no saya kurang pasti bagaimana prosedurnya..

    anda boleh bertanya sendiri dengan pihak celcom dengan cara menghubungi talian 1111 (percuma hanya dari no. celcom)..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah tjumpa post ni
    Nasib scenario kita hampir sama.
    Btw ada sebarang bayaran ke semasa proses tukar sim kad tu?
    T.kasih

    ReplyDelete
  15. @My_Aqeelah
    alhamdulillah tiada bayaran dikenakan semasa tukar simkad..

    ReplyDelete
  16. Thx mizz aiza..
    .dah cleared cenggane nk tkar pospaid ke prepaid but menten no lama...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^