Assalamualaikum,
Pada setiap hari perasaan kita berubah-ubah. Kita mungkin merasa gembira, putus asa, sedih atau marah. Apabila perasaan kita tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah besar. Seharusnya kita mengawal masalah kita dengan berkesan.
Kenapa sesetengah orang merahsiakan perasaan mereka?
- Merasa malu
- Takut menyusahkan orang lain
- Ianya terlalu peribadi untuk dibincangkan
- Merasakan bahawa diri sudah cukup matang dan mampu menyelesaikan masalah itu sendiri
- Bimbang tindakbalas orang lain terhadap luahan masalah kita
- Merasakan bahawa tiada orang yang sudi mendengar dan memahami masalah kita
- Takut digelar lemah atau malang sekiranya tidak mampu menyelesaikan masalah itu sendiri
- Merasakan bahawa masalah hanya kecil
Bagaimana kaedah untuk mengawal perasaan anda?
- Memahami perasaan anda
- Menunjukkan perasaan anda
- Dengar pendapat orang lain berkenaan perasaan anda
- Berkongsi perasaan anda dengan orang tersayang iaitu suami/isteri, ahli keluarga, pasangan, jiran, ketua agama, doktor, kaunselor dan sebagainya
Apa kelebihan berkongsi perasaan?
- Rasa lega
- Mengurangkan tekanan
- Anda dapat menyelesaikan masalah
- Anda percaya bahawa orang lain juga mempunyai masalah mereka sendiri
- Anda merasakan bahawa masih ada insan yang menyayangi dan mengambil berat tentang diri anda
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^